Sunday, July 22, 2012

Ramadan Kareem : "A generous Ramadan"

Assalamualaikum semua pembaca blog :)
macam mana puasa hari kedua ni? jangan lapar pulak. tahan nafsu k? hehehe

sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua :)


selamat datang ya Ramadhan, bulan paling mulia :) jom laksanakan semua ibadah dengan hati yang lapang dan ikhlas. jauhkan diri dari perkara perkara yang lagha (melalaikan). sedekah jangan lupa dan perbanyakkan baca al-Quran. mashaAllah banyak sangat fadilatnya. nak tahu? googlelah. macam macam ada.
tanamkan niat untuk melakukan kebaikan, walaupun ada kalanya kita rasa susah tapi pujuklah hati kita ni, lagipun syaitan kan kena ikat. mesti semangat kita lagi kuat, tak gitu? :)

all bad habits aku kena dijauhkan dan dikikiskan buat selama lamanya. insyaAllah. dan aku jugak doakan agar semua niat baik korang akan termakbul. amin :)

ingat lagi waktu zaman kecik kecik, aku suka curi makan time puasa XD yes! aku memang budak yang nakal. Mak pun ada cerita, time nak balik kampung je mesti aku taknak puasa. bagi alasan sakit perut nyehehehehe. anggaran kecik ni dalam standard 1 till standard 5  kot. kecik ke? -____- k malulah jugak sebenarnya tapi dah kebenaran kan, so admit je la. hoho.

yang tak boleh blah nya aku curi makan time time nak bukak puasa dah. nafsu makan tak terkawal bila nampak macam macam makanan atas meja. lagi lagi nampak cincau yang dah dicincang tu, mesti akan curi satu. so apa lagi batal puasa den! time tu pemikiran masih mentah lagi. now aku set dalam mind, kebaikan kejahatan semua Allah tahu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat :) so sebelum buat jahat tu, beringat tau?

tahun ni pun aku dah buat masalah "kot". baru hari pertama nak puasa ni =.=
Mak ada suruh aku masak nasi untuk sahur. so pukul 1 am aku pergilah dapur dengan confident nya masukkan beras dalam periuk semua. done! terus naik atas tidur.

then bangun sahur, turun bawah nak tolong mak kat dapur, tiba tiba mak and kaklyn dah perli perli. aku yang tengah mamai ni macam "pe ni, aku tak faham apa apa -_-" bila dah tak faham ni, aku pun duduk kejap, relax  nak tangkap idea apa yang dorang tengah cakap. RUPA RUPANYA nasi aku semalam tak masak lagi. "dehek?"
aku TERlupa nak switch on current -_______________________-" k,aku dah nyanyuk k k k

masak nasi pun aku boleh jadi careless macam tu. silly me. feel like an idiot ;p
memang aku tak bersedia lagi nak kahwin nampaknya kahkahkah. atleast lepas ni i'll be more cautious and focus even nak masak nasi ;D hahaha

hope takde lah benda benda macam ni happen lagi.

yesterday buka puasa dengan Tok Wea, ya Allah, terubat rindu aku kat dia :')

okay lah, nak siap siap for iftar. kalau rajin buka laptop ni then i'll update a new one k?

assalamualaikum everyone. take good care of yourself. tak enjoylah puasa kalau sakit kan? hihi bubye :)


ps : sempat tengok youtube pasal israel wish ramadhan, apa yang dorang merepek tah. yang penting kita percaya bahawa Islam adalah agama yang aman dan saling menyayangi antara satu sama lain. bukan waktu ramadan je, tapi setiap masa. :)

Friday, July 13, 2012

Penentu Masa Depan

terasa cepat gila Jumaat 13 JULAI 2012 ni menjelma -____________-
ingatkan pukul 12 keluar result tapi rupa rupanya pukul 10 dah boleh check.
so apa lagi. . . .terus tekan http://www.mohe.gov.my/portal. . . . . *debaran kian terasa*



*
*
*
*



ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah :D bersyukur sangat dah dapat keputusan UPU. 
Alhamdulillah :D I'm grateful beyond words XD

aku dapat course pembangunan manusia dan pengurusan. memang nak course ni pun kalau boleh and dah dapat. siapa tak suka kan? hehehehe

just tempat je aku kurang sikit. kat Universiti Putra Malaysia. . .
bukan apa, dah dua kakak aku kat situ. so macam dah boring asyik lalu situ je. HAHA! ok jahat. tapi takpe. yang penting course yang aku nak belajar ni, benda yang menjadi penentu masa depan aku :D yeahhhh (Y)

Mak aku sekarang kat luar, dia kena beli kerang (kurang darah merah punya pasal :( ) and now tak balik lagi -_____- so aku dah heboh dulu kat twitter and she's not the first person yang tahu. . anak apa ni kehkeh.
well I'm just soooooooooo EXCITED!
yelah AMY PUN DAPAT SAMAAAA XD lalalala~  rasa nak shuffle ! okay okay. cool cool

yang penting, Mak, Abah, Kaklyn and Kaknaya will be happier than me. dekat dengan rumaahhhhhhhh ;D and one more thing sebab aku taknak dapat UPM and aku TERdapat -.- ish betul orang kata. kalau taknak tu jangan taknak sangat. nanti dapat CIS!

anyway, UPM IS BETTER THAN UTM, which means if  we compare the distance, UPM is nearer. UTM kan kat Skudai Johor! I'll be cengeng forever (cepat nangis) if dapat sana HEHEHEHE *UTM is my forth choice for RU*


I still can't believe it *GEDIK SANGAT* 
I'm gonna be a university student. ATLAST! HAHAHA

InsyaAllah dapat result yang terbaik nanti! SPM and matriks agak mengecewakan kan? -___- takpe, it's not the end of the world yet.

Oooooooooo can't wait can't wait! ;D 



congratulations to those yang dapat apa korang nak, and yang tak tu, redha okay! itu yang terbaik and it's a part of cabaran and ujian :)


sila lawat okay! :D
assalamualaikum y'all! love love love

ps : harini insyaAllah lepak dengan Asha (budak baru ambil jpj test, tolong pass okay! haha) and Nadz :) happy bertambah tambah. k bubye! :D

Wednesday, July 11, 2012

My Weekend #2

Assalamualaikum everyone!
sihat tak? kalau sihat ALHAMDULILLAH  :D
kalau sakit tu, high five sikit. titew pun takit gak. okay itu adalah cubaan menjadi budak kecil. jadi tak? ehehehe
siapalah yang tak rindu zaman kanak kanak sendiri kan? :')


actually malam ni aku nak tidur awal sebab dah berapa malam asyik tidur pukul 2 onwards je 3_3 mata pun dah bengkak ni, tapi tiba - tiba tak ngantuk pulak.

so saja saja lah nak update entry baru. dah 2 ke 3 minggu tak jenguk blog ni disebabkan kemalasan yang agak melampau. T_T alasan tak cerdik kan? apa boleh buat. better terus terang je, kan kan kan? :)


last Saturday, pergi Alamanda dengan Kaklyn, nak tengok cerita The Amazing Spiderman. at first nak tengok movie tu pukul 3, tapi seat yang tinggal betul betul kat depan screen!  HAMPEH. . . so kitorang ambil yang pukul 6.15 punya.

thanks to Kaklyn yang belanja makanan and tickets and thanks to aku yang belanja air. hoho
yang peliknya, kalini aku makan tak habis, minum pun sama -____- pembaziran, paling tak suka. amalan syaitan you know :p

tengok animation movie beli yang version 3D tau sebab lagi best, so far, The Smurfs paling AWESOME ! ;D

the saddest thing. . . .aku tak sempat nak tengok movie ni sampai habis. habis tayangan pukul 8.40 macam tu. . . . kenalah keluar untuk tunaikan benda yang wajiblah kan, takkan sebab Peter Parker yang comel loteh tu benda wajib kita abaikan?  no no, strictly NO! tapi rasanya ramai je yang pilih tengok movie tu sampai habis, takkan kaum Adam uzur pulak kan? hehehehe WHOOOOPS! benda yang baik kita contohi benda yang buruk jadikan teladan okay you alls :D

( bila cakap you alls ni, teringat dekat KMS dulu bila ada student guna perkataan "you alls" nak represent "korang semua" hahahaha. eh, ni gelak bukan nak jatuhkan dia tau, tapi cara dia cakap tu sangat comel! :D in English, korang semua boleh guna all of you, you all, y'all or hanya you. bukan you all"s" okay :D )

okay okay sambung balik. . .
sampai rumah je dah lewat! ingat nak pergi Floria 2012 dengan Kaknaya sekali, tapi tak jadi. . . :( sobs

***

on Sunday, kitorang ikut Mak pergi Gombak for wedding.

sesat dua kaliiiiiiiiii *ehem, maaflah takde GPS :p* kitorang memang tak familiar sangat dengan jalan kat Gombak ni, sesat sampai masuk Batu Caves tu =.= selama ni tak pernah pergi pun, now i know where's the place. goooooood !

aku ada or tak ada pun still sama, means aku takde function pun dalam kereta tu selama mana sesat 2 jam  miahahahaha! tak tidur pun, cuma dah mamai mamai dah -.- sepatah apa dorang cakap memang buat tak endah je kuikuikui

kesian kan Mak, kena layan anak dia macam ni time dia drive HEHEHEHE
facial expressions from Kaklyn and I while singing  Safe &Sound *menghayati gila babe*

on the way balik dari Gombak tu, kitorang lalu Ulu Yam, nampaklah kawasan bukit bukau. PERGH! mood nak mandi sungai datanggggg tapi apa kan daya -.- memang tak la kan.
and agak ke-pelik-an lagi, bila aku keluar nak beli rambutan kat gerai, mak cik ni tanya, "ni nak mandi sungai ke dik?" I was like "the heck mak cik ni ==' aku pakai baju kurung pulak" dalam hati aku gelak je. soalan cepumas sangat ye mak cik ye. HAHAHA.


sampai je Kajang, hujaaaaaaaaaan, alhamdulillah, rahmat dari-Nya. tapi aku sedih. . . . dah berharap nak pergi Floria, hari last pulak. malam semalam Nadzirah my bebeh dah pergi. aku? urgh. Kaklyn pulak dah kata tak payah sebab esok dia kerja. aku apa lagi tarik muka. NYIHIHIHIHIHIHIHIHI. mungkin atas tarik muka aku and luahan kecewa ku kat Kaknaya, tiba tiba jadi pergi! aku pun macam HOYEAH!!! hasrat tercapai kauuu! ;p




hurm, memandangkan time aku pergi ni dah last day. so bunga bunga pun dah layu sikit and ramai gila orang yang datang, so nak tengok hiasan kapal kapal pun tak boleh.

kami pulang dengan muka yang berminyak and perut yang lapar *lapar tu aku sorang je -.-"

eventhough tak macam yang dijangka but I'm satisfied sebab dapat tengok all the decorations yang simple and cantik cantik :)


itu sajalah for last week. weekend ni insyaAllah keluar lagi before Ramadhan menjelma :D wahh tak sabar nak nikmati suasana puasa :D and one important thing! RESULT UPU MUNGKIN KELUAR THIS FRIDAY. doa yang terbaik sahaja :) Aminn~


see y'all soon! right after result upu nanti, aku akan update terus kat korang okay! :)
semoga hari esok lebih baik dan sempurna dari hari ini
Assalamualaikum, basuh kaki, gosok gigi, cuci muka ok peeps! bubye!

ps : miss skyping with you

btw,

motif gambar ni : baju kita matching la! HAHAHAHA


k k bubye :)

Monday, June 18, 2012

My Weekend

Assalamualaikum w.b.t :D

heyo people, sihat sejahtera semua? aku doakan semua sihat dan ceria. amin :)

actually nak update blog ni everyday, but sometimes i feel the very the lazy :p and masa sentiasa mencemburui manusia. whyyyyy?! well, kita yang patut kejar masa isn't it? hehehehe

okay, entry kalini aku nak kongsi sikit apa aku buat weekend lepas. 16th and 17th June.
takde banyak cerita pun tapi aku saja nak menaip kan? baca tau! kahkah. :D

on Saturday 16th of June, pepagi aku macam rutin biasalah kemas rumah and blablabla.
pukul 1:45 get ready ikut mak pergi wedding kat bandar teknologi kajang err teknologi sangat ke? nak tau, pi tengok sendiri haha. recently, mak kata kalau orang kelate ghoyak wedding tu adalah "masak gulai". heh? *scratches head* peliknyaaaaaaa. so aku assume sendiri that zaman dulu, maybe kalau ada wedding baru dorang masak gulai kot. hehehehe memandai je?  -___-" aku memang suka menganalisis perkara sebegitu rupa. hoho.

makan punya makan kat kenduri tuu sampai aku dah lupa dunia sebab makanan situ sedap. hehe. then bila time balik tu, dah naik kereta, aku tengok jam dah pukul 2:50. aku terlupa yang aku ada date dengan Nadzirah pukul 3. dammit! apa lagi, dah kelam kabut dah. dan dan traffic light semua nak lampu merah grr ! hatiku kian membara. tapi muka act like cool haheho :p

sampai rumah, terus rushing masuk bilik salin baju and yeah Mak setia menunggu dalam kereta. heeee thankyou Mak! muahh :p hehe. kebetulan Nadzirah pulak lambat sikit so nasib baik. aku siap jalan lenggang lenggok lagi kahkah. sempat jugak belikan burger untuk adik and kakak aku kat rumah, itu pun sebab adik aku mengadu dah lapar. . kebuluran! tu laa tak suka pergi kenduri lagi. aku pulak kenyang gila. hati girang ngeh ngeh ngeh.

tunggu beberapa minit dekat Mcd kajang, si Nadz berkereta silver datang menjemput aku. muka dua dua nak excited je. mana taknya. almost 2 years kitorang tak jumpa. last pun dekat Midvalley. dah peluk semua terus gerak ke rumah Amin. motif  kitorang dating pun sebab si Amin ni baru je operate kaki dia isnin lepas. adalah masalah sikit kan, saja nak datang melawat :)

Amin baru je bangun tidur bila kitorang sampai. padahal dah bagitahu tu nak datang. ceh! hahaha. so mak dia la yang menyambut kedatangan kami dengan seukir senyuman. :) dipelawa air jus and cookies nyummeyh!

dah tu kitorang pun sembang gelak, sembang gelak dan sembang gelak. tah apa apa yang kitorang sembang tah. hahaha semua pun merepek je. paling penting mesti ada tang gelak tuu. :D yeppy!

btw, anak - anak buah dia ada tau time tu! nama si sulung Amni Syaza and sorang lagi tu Afkal kot. . . .*perah otak nak ingat nama yang laki ni, errrr -__-"* tahla, terlupa pulak malam ni hoho. tapi yang si laki ni rapat dengan Nadz lebih :p banyak kali dia suap Nadz hahahaha.

si Syaza ni comel sangaaaat!rambut dia pulak, macam aku masa kecik kecik dulu teehee. ya Allah, memula susahnya nak dekati dia. then lama - lama, aku layan dia, terus melekat kat aku. hahahaha. comel! :D

Amni Syaza :) ehem ehem, birthday kami sama! ^^, yeehooo
and yeahhh, sebelum terlupa, thanks aunty sebab potong kan mangga yang sedap and sebungkus serunding ituuuuuuuuu :DDD hihi

bergambar before balik, and itu dia Afkal! :D he's trying to do a peace sign. hahaha
thanks tu Amin's kakngah who snapped this pic :)
after that kami meronggeng sekejap. jalan jalan dekat area taman minang * psst, yang terasa tu, paham paham la kan? :p LOL*

aku kena tunggu Kak Lyn kat bank islam, sebab kita dah promise nak beli kek for father's day celebration. advanced celebration hehe. but before Nadz hantar aku kat bank islam tu, kitorang snapped a few pictures :D wajib lah kannn?!

this is from my phone *semua gambar menunjukkan kesakaian , terlebih cahaya terkurang cahaya -.-*

the ghosty us miahahahaha!

and this one from Nadz's camera. aku sukaaaa :'D

thanks for the ride Nadzirahhhhh! <3 insyaAllah, next week kita jumpa lagi and aku dapat buat entry baru kehkehkeh :p


at night. . . .tadaaaaaaaa!

sebelum dapat suprise kan Abah, Abah dah tauuu -____- after maghrib tu Abah panggil kak Lyn and aku. dia peluk cium kitorang, hahahaha terharu ke Bah? :'p

cisss, plan musnah. tapi takpe. after isyak tuu, kitorang pun celebrate :)

Absolute Chocolate cake. jealous tak Kak Naya ? :P tu laaa jauh sangat Ayer Hitam tuuu kuikuikui
me the very the evil, hantar mms dekat kak Naya! hahaha!!! 8D we usually do this mms mms stuff, saja buat sakit hati hoho :p

and yeah. . . malam tu takdapat skype. :( tapi takpe. dah jumpa pulak kan depan rumah hehehehehehe *-*

***

the next day on 17th of June,

aku dah tanamkan azam nak kemas bilik aku. Kak Naya dah amanahkan aku basuh cadar je tapi aku macam nak kemas the whole room!
~ inspired by "clean house" dekat channel diva 702. tapi kalini "clean room" aku jela. hehe. kalau house tu takterdaya aku :3 hoho

aku rasa macam kitorang se-roomate ni suka simpan unneeded things dalam bilik. semaaaaak! so i guess i should get rid of some stuffs. tapi kak Naya la susah sikit. semua kawan dia kasi, dia masih simpan. tapi ada jugak yang aku buang senyap senyap. hehehe :p

pukul 2 baru angkat kaki dari ruang tv ke bilik aku. -___- pukul 2 baru nak start kemas? hangat hangat tahi ayam betul. blurghh, tapi kuatkan semangat la kaaaan? ;)

masa tengah selongkar barang barang, suddenly i found kak Naya's diary. dalam hati dah pasang niat jahat muahaha! ada lah text dia pasal diary ni then dia kata berdosa and so on.
well aku memang takkan baca pun 'cause front page diary tu dah tertulis : "warning. . .berdosa sekiranya membaca tanpa kebenaran blablabla. that sort of thing, hahaha"
aku dah gelak terbahak bahak :p hm, before this i used to have a diary, tapi dalamnya taktahu nak tulis apa. . . . and rasa macam insecure je, takut orang lain baca katanya ekekeke :p

other than that, aku jumpa baru perasan barang barang lama aku time sekolah dulu yang aku masih simpan.

this is my writing weh when i was form 2 :

buruk gilaaaaaaaaaaaaa -.- kalau anak aku tulisan buruk tu, aku paham la ikut sapa. kehkeh :p
but alhamdulillah, my writing now takde la macam ni dah. more mature. hehe
errrr. . . .
ini apa kes? the ugliest scrapbook i can say :D
dah form 4 tapi tak kreatif langsung. bhahahahahahaha!
kerja last minute, kira okay la tu kan? *sapu bahu* :p

and this birthday present Shaz yang kasi, unfortunately dah pecah! :( kawan aku tak sengaja jatuh kan. haaa, dia cuak gila time tuuuuuuuu :p kahkah. apa bole buat. redha je laa. sorry tau Shaz! :(

tudung express ni dah takguna tau, so after spm tu, aku mengasah bakat aku jahit labuci. seperti biasa aku ni hangat hangat tahi ayam je. so tertunda je, tak gerak gerak tangan nak sambung yang lain hehe 

and ini pulak compact powder time aku form 3, perghhh! dah habis ni pun aku simpan ke?? apa lagi, fly away to rubbish la sayang ea? hehe. ni jela aku mampu dulu.
tak macam budak  zaman sekarang. eceh! :p
actually banyak lagi benda aku jumpa for instance, transcripts aku yang grade semua macam *****! lukisan and hasil kraf tangan serupa standard one punya budak yang buat hahaha. banyak lagi lah =.= kenapalah aku simpan semua ni. haiyoh

dah habis kemas semua kan, aku paling suka part inner tudung aku. hehehehe

suka aku tengok. warna warni ni! :D so i hope after this takde la pening nak cari colour apa kan? :)
and inner hitam aku selalu hilang -_-'' cuai + pelupa = aku agagaga

so i'm happy! everything that i've planned semua menjadi dari katil, tingkap, almari and etc. alhamdulillah. thankyou Allah. :D
penat kemasnya pfttt. . . takterkata. now pun lenguh kaki dah. macam buat senamrobik 2 jam without break. hahaha melampau kan :p

okay, i gotta go now. esok maybe pergi nilai pulak :) semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. amin


good night people, good night my batman. assalamualaikum. sweetdreams ya ;)

ps : sorry if ayat ada yang tergantung or cerita tak lancar, tersekat sekat. hehehehe :p maafffff!

bubye!

Thursday, June 14, 2012

Alhamdulillah,

hari demi hari aku rasa gembira and bahagia.

although ada segelintir orang yang suka buat aku sakit hati. . .takpe takpe. itu semua ujian Allah.

dan aku berdoa agar aku dapat bersabar dan tenang :)

dilembutkan hati untuk memaafkan orang lain

Allah Maha Adil, Maha Besar, Maha Pengampun. . .


segala yang berlaku, semua bersebab dan mungkin untuk dijadikan iktibar kepada diri aku sendiri or maybe jugak balasan. so wat lek wat chill bro!

ramai lagi ditimpa musibah. . .

bersyukur dengan apa yang ada :'D

perbaiki diri untuk jadi lebih baik and for better future insyaAllah


no more tears, no more fears # tetiba masuk, apa kaitan tah -_-"

anyway, what i'm trying to say is be patient, life is full of excitement, happiness, sadness, unexpectedness, loneliness (i bet mesti ramai yang pernah rasa, but Allah sentiasa ada)

sometimes aku salahkan takdir T__T tapi apa gunanya? kena muhasabah diri balik and maybe things yang  happen adalah yang terbaik untuk kita, memang tak nampak sekarang but sooner or later akan tau jugak. and that moment kita akan menyesal sebab salahkan takdir kan?

itu sahaja yang aku nak bebel kat sini :( thanks for reading bebeh

btw, badut aku tampak comel harini hehehehehe

bubye!

Wednesday, June 13, 2012

Personality Test

Assalamualaikummm sahabatss :)


malam ni after dinner macam clueless, taktahu nak buat apa. so on lappy and terus login twitter and browse pasal personality test. entah kenapa tergerak hati nak tau personaliti sendiri ni. hehehehe meanwhile, kacau badut aku dekat skype! hoyeahh.

berbalik kepada story, aku pergi kat this website personality test center  and click take the test! kat bawah sekali. ada 68 questions yang korang kena jawab. 68? -______- kalau exam kat sekolah macam ni, half way je kot aku siap kan, selebih adalah masa untuk aku tido. kehkeh

tapi kalini aku tabahkan hati, aku ni taksuka baca banyak banyak nanti mulalah pening la sawan la *oh alasan semata-mata* blablabla. . . # suka type benda nonsense kan aku ni? HOHO

berbalik lagi kepada story, (the heck weh ayat aku HAHA, abaikan -.-") soalan soalan yang dikemukan bagi aku agak mencabar, sebab semuanya ada kaitan dengan aku. . . . maksudnya, berkaitan dengan ke-over confident-an aku, keperasanan aku, keterukan aku, keburukan aku dan ke-an ke-an yang selebihnya. kahkah *gelak unsenonoh*

***
for example :
  1. Are you inclined to : be more cool headed or get excited or lose your temper easily

for sure aku jawab yang "get excited or lose your temper easily" kaaaan? haha malu betul dengan diri sendiri. tak boleh kawal ke-temper-an *peace yaw (Y)




     2.  Do you value in yourself more that you are : just and impartial or merciful and forgiving


hehe yang ini pulak aku pilih "merciful and forgiving", aku selalu buat decision based on emosi. miahaha! honestly setakat ni aku tak rasa aku ni adil or saksama or kedua-duanya sekali. so saaaad! hurm, dalam pemulihan ni. *krikkrik* kesian mereka yang menjadi mangsa ketidakadilan aku ("")("")


     3.   Are you more comfortable : checking off a "to do" list or ignoring a "to do" list even if you made one

aku ada sejarah. . . terlampau banyak sejarah dalam buat membuat "to do" list ni. since dari primary school hingga secondary school. you know what, satu pun aku tak pernah ikut (-3-) tak pernah weh, kalau nak pun satu or dua hari je. hahaha. serious aku rasa loser gila. so dekat matriks memang takde la gamaknya ghagha! aku salute anybody yang boleh patuh dengan list yang dibuat *clap hands* yeahhh. iman aku dalam bab ni memang ehem ehem. . . terukk hehehe. therefore untuk soalan ni, choice kedua la yang aku pilih, woohoo!

    4.  When watching TV dramas do you feel : personally uninvolved with the characters or personally involved with the characters


well, in this case wajib semua wanita di luar sana memilih "personally involved" kan? yelah, perempuan ni kalau tak ber-emosi tak sah kan kan kan? jangan tak mengaku eh. terkentut berciciran kang :p trololo~ aku berterus terang lah, whatever drama yang aku tengok tak kesah melayu cina india (cewah 1 Malaysia bhai) benda paling penting is aku akan menghayati watak utama "heroin" gitu bhahaha! -__- ok maluuu. boo syikin boo (boo : kekasih, thank you hihi)


so inilah antara soalan soalan dan jawapan yang aku jawab. harapan tiada yang terguris hati okay ;) sekadar gurauan :p and aku rasa sekerat jalan kot korang akan baca ni. sebab panjang lebar pulaks! haheho. tapi apa apa pun. . .hmm . . hm entahlah. korang baca jela sampai habis. lalala~




***



and the results are. . . . .jeng jeng jeng. merangkumi pelbagai aspek dalam pekerjaan.

: pedagogue (who instructs in a pedantic manner) :
     
-----> Outstanding leader of groups. Can be aggressive at helping others be the best that they can be. (aku memang suka jadi ketua in anything and everything aka azwan ali heee amboi amboi amboi kau haaa! ;p )

: journalist :

-----> Love novelty and surprises. They are big on emotions and expression. Life is an exciting drama. They are  good at sales, advertising, politics, and acting. (aku tak pernah minat journalist!!! so bubye haha)




: field marshall :

-----> The basic driving force and need is to lead. Tend to seek a position of responsibility and enjoys being an executive. (ehemmm, aku anak askar pulak :p muahaha)

: inventor :

----> Enthusiastic interest in everything and always sensitive to possibilities. Non-conformist and innovative. (tang innovative tu aku takpercayaaaaa -_-" aku sangat blurrr and innocent *puppy eyes* eh taknak haram pulak err *sherk cat eyes* atototototo :p (biarlah aku sorang je faham. . .*facepalm*)


: seller :


----> Most sociable of all types. Outstanding host or hostesses. They excel in service occupations involving personal contact. *proud :sapu bahu* kahkahkah! :D 


: entertainer :


----> Radiates attractive warmth and optimism. Smooth, witty, charming, clever. Fun to be with. Very generous. They make good performers, and they love talking on the phone. (paling suka witty tu *perasan : mata ke atas, tangan ke bahu*, haha and aku memang suka berborak dalam phone. no doubt. lagi lagi dapat dengar masalah orang :)




: administrator :


----> Much in touch with the external environment. These are responsible mates and parents and are loyal to the workplace. They are realistic, down-to-earth, orderly, and love tradition. They often find themselves joining civic clubs! (note that, aku ni down to earth katanyaaaa! blurggh, sooooo not!! weeeweee ;p ) 


: promoter :


----> These are action-oriented sophisticated people. As mates, they are both exciting and charming. They make good promoters, and entrepreneurs. ( errrr. . .no comment)




: author :


----> Strong drive and enjoyment to help others. These are serious students and workers who really want to contribute. They make good therapists, general practitioners, and ministers. (therapist! therapist!! *melompat terkinja-kinja :D)


: questor :


----> Idealistic, self-sacrificing, and somewhat cool or reserved. They are very family and home oriented, and have a high capacity for caring. High sense of honor derived from internal values. (cool babe! caring babe! hahaha *annoying* )


: scientist :


----> Most self-confident and pragmatic of all the types. Decisions come very easily. These are the most independent of all types. They love logic and ideas and are drawn to scientific research. (again no comment eh jap jap, haaa. aku ni senang buat decision. it may be okay sometimes but often nya teruklah kaaan ngehngeh)


: architect :


----> Great precision in thought and language. Can readily discern contradictions and inconsistencies. They are good at logic and math and make good philosophers and theoretical scientists. (good at logic, yess! good in math? puuiiiiiii)


: conservator :


----> Service and work oriented  - very loyal. They are good nurses, teachers, secretaries, general practitioners, librarians, middle managers, and housekeepers. ( ehem bebeh. i'm the very the loyal gitu  dalam kerja, ahakkkss! imma workaholic? ohnoooooo :p)


: artist :


-----> Interested in the fine arts. Expression primarily through action or art form. (aku suka dancing and drawing, that's all, painting macam fail je hehehehehehehe)


: trustee :


----> Dependable pillars of strength. They make good bank examiners, auditors, accountants, and phys. ed. teachers, and boy or girl scouts! (PERGHH!)


: artisan :


----> Action-oriented and fearless, and crave excitement. They like tools, and instruments and often become technical experts. (technical experts? fuyooo! yang aku tau aku suka menjahanamkan barang-barang, especially  barang dalam rumah. hoho. gadis brutal niiiii *banging head* )




okay, errr itu je kot ngeh ngeh!


if korang rasa annoyed, harap maaf.
tak berniat, tak sengaja, hanya menghabiskan masa anda sahaja :PPPP HAHEHIHOHU 






ah sudah! gambar apa pulak ni? : " ni adalah practise tuk mancungkan hidung. ngerti? :p hehe
alang alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. so aku kasi satu doa ni , mesti semua orang nak kaaaaaaaan? :p nahhh :











may Allah bless you always :'D


bubye! 





Tuesday, June 12, 2012

ni post aku yang kedua harini. apa kes pulak kan?

-_________________________________________-

okay, now i found out that bila aku tulis or aku lukis, aku dapat cari ketenangan aku sendiri.
so tadi dengan psycho nya aku merepek la sorang sorang melukis. nak tau aku melukis kat mana? hihi segan pulak nak bagitau. alang alang dah tercakap tu. jap jap *inhale* : aku melukis dekat "paint" *exhale*

tau tak paint tu apa? paint tu adalah satu application Windows. ergh. . . tak faham lagi. err cuba click start kat bawah hujung kiri, then click kat all programs, cari accessorios and click situ tadaaaaa ----> naaah, ada la paint kat situ hehehehe # apa kin? kau ingat budak tadika ke yang baca ni? pfft *jiwakacauminahni*


bila stress suka tengok hasil sendiri, then puji diri sendiri macam macam, kan membangkitkan semangat tu bhaha

Juju dalam gambar ni ialah Kak Yah punya kucing peliharaan. the very the comelz! aku ni sebenarnya tak berapa sikit dengan haiwan binatang ni. so tak suka kucing jugak. trauma . . .fobia . . .and so onnn T__T hal ini kerana aku pernah digigit kucing arwah nenek ku. sobs. bad kitty bad kitty!! sakit tau tak? sampai sekarang masih berdendam kot! kahkah

bila aku tengok Juju ni, it reminds me of myself. Juju ni gemok!! hahaha serupa betul aku dengan dia. :D

well, Kak Yah ni memang suka bab bab makan kot, that's why la Juju dia ni gemok and satu lagi bukti kukuh bila aku mintak ice cream kat kak Yah, penuh freezer dia dengan ice cream. bukan satu jenis je! macam macam jenis. . . pergh!! in addition, bukan ice cream je. sweets, jeruks, chocolates, pudings, semua adaaa w.w sakit hati je tengok.

manjaaaaaaaa kaaaann?!  :') rindu betul # siapa boleh teka aku pakai baju apa, korang memang hebat! hoho
now Juju ni dah 9 bulan, kak Yah jaga dia since berapa bulan ek . . erm 3 ke 4 bulan macam tu. Kak Linda yang belikan though dia tak suka kucing haha, housemate paling baik lah!

first time aku masuk rumah diorang ni, aku memekak je! yelah, taksuka kucing punya pasal. hahaha *psycho habis* bila aku pergi dekat dekat ngan Juju ni, dia takut gila! boleh nampak jantung dia berdegup kencang.  bukan dia je tapi Toi jugak. Toi ni adalah sugar glider. aku meng-anak tiri-kan Toi sebab kak Yah kata dia akan kencing sebagai tanda perkenalan -_________- WHAAAATTTT? takpela. . . . . . hehehe

malam terakhir dekat Ipoh  Juju macam dah kenal aku. tau tau je aku takut pergi tandas sorang sorang. dia teman aku depan pintu hohoho. aku pergi tandas pepagi buta pukul 4 sebab aku tak tanggalkan mask aku. since 11 malam sampai 4 pagi ==. mengantok punya pasal sampai lupa.

then, pukul 6 lebih, Juju dah kejutkan aku. lompat atas katil : te-anjat boboy! 'O' aku usap usap dia kejap then tertido. taklama tuu dia jilat pipi aku. . . . takterkata. . . hahaha. awkward rasanya.

bila dah kena balik tuu, pandai woo Juju ni protes. dia tido je siang tu. haha. see! dah serupa aku la. aku bila protes memang suka tido.

tengok muka protes dia! -_____- hahaha #pandai ye kau Juju

Toi si sugar glider pulak suka menyorokkan diri. bila kak Linda keluarkan dia, aku menjauhkan diri. uhuk uhuk. adik aku jadi mangsa kencing dan uk uk dia. hahaha padan mukaaaaaa! aku tak relaaaaa x_x

by the way, aku rindu jugak Won Bin aka Christian Bale aka Batman aku. ni semua gelaran yang dia gelarkan dekat diri sendiri. puuuuuii! perasan je kau. hahaha

thanks sebab faham mood emo aku baran aku psycho aku the very the annoying orange aku hehe. actually aku mood swing sikit harini tapi kau dapat buat aku tersenyum. so now aku nak gelarkan kau my BADUT kahkahkah!
aku tau kau takkan baca, so hehehehehehehe aku punya sukalah nak panggil apa kan? :p

bulan 7 ni start la aku kesepian sorang sorang, takde sape nak ajak aku skype hari hari maaa sobss.

last but not least, aku dah off kan phone. nasiblah sesapa yang text aku. hoho.

ni cara aku chillax and cool down myself. terperap dalam bilik. buat apa aku suka seperti sekarang. # perempuan. . .perempuan. .

Nite Love :)

hai cik mek molek :)

Assalamualaikum, selamat tengah hari you guys, you allss. . ahaa tergedik pulak aku rasa. :p

senyumlah senyumlah ahaii cik mek molek
senyumlah senyumlah ahaii cik mek molek
*gelek - gelek M Daud Kilau sikit :p*

#tetiba sangat. . .

berkenaan dengan lirik lagu di atas,
harini aku buat kuih cik mek molek! zooobi dooobiduu thanks to my Mom! hihi
aku takde la nak buat pavlova ke apa kan? gadis kampung gitu ahaks! >.<

before this aku belajar buat begedil je sebab itu memang favourite aku. so nak belajarlah buat sendiri. ni aku buat cik mek molek pulak oleh kerana aku mengidam huuuuu.

nak nak aku ni ada darah kelantan eventhough aku tak tau kecek, kan molek if aku belajar sikit buat kuih ni. cewah!

ehem ehem *clears throat*  ingredients yang kita perlukan ialah keledek (aku punya dalam 1 kg lebih), tepung gandum and gula kasar. simple sangat. terasa macam chef pulak dah. almaklumlah, jehan miskin aku masuk masterchef kan. so aku pun nak la masak masak ni hehehehehehehehe



keledek dalam plastik ni aku  eh salah, Mak aku yang beli semalam kat Ayer Keroh. ada itu amoy jual punya. seriously nampak fresh :) hm yummeyh!

firstly, rebus macam biasa ini keledek dalam periuk sampai masak. then kopek kulit keledek ni. kita hanya perlukan isinya sahaja ohoho

pastu korang kene lenyek - lenyek ini macam. ada jugak yang suka guna tangan bila lenyek. tapi aku tak prefer sangat.


next, taruk tepung gandum dan uli . . uli. . . uli. . .


. . sampai jadi serupa itu doh :
nampak cun kan? hasil Mak aku. if aku yang uli tah jadi apa nanti haha.
tepungnya jangan terlalu banyak or kurang, nanti tak sedap.

ok cun, doh dah siap, kita boleh isikan gula and buat lah cik mek molek nya *weeehooooooo! *shuftling*

gula kasar ni letak sikit je Mak cakap, nanti letak lebih lebih, gulanya keluar. tak cantik plus! kita kena kurangkan gula yeee ;) healthy lifestyle *so aku pun kene kurangkan ice cream and chocolate OHNOO -_-"*

Taaadaaaaaaa!!!! siap dah siap dah *muka excited*


now pergilah cik mek cik mek molek ku ke kuali yang diisi minyak panasssssss. . .ssss. .


and here we goooo! makan makan makanss! hoyeahh :DDD


so ini lah lunch and makan petang aku. hehehe.
anyone yang boring ke, try laaa! kihkih

thanks to my Mak. :"D instinct seorang ibu yang tau apa anak dia yang degil ni nak makan. aku tak cakap pun mak aku tau! fuyoooooooh

I LOVE YOU SO MUCH! ;)
ya Allah panjangkanlah umur ibuku, murahkan rezekinya dan permudahkan ibuku mengerjakan haji taklama lagi begitu juga dengan abahku :'( aminn 

Saturday, June 2, 2012

A Date with Shaz :)

Assalamualaikum :) hikhik.


Yesterday, i had a date with this lovely girl, Norshazlina Shafee :) last kitorang jumpa waktu form 5. huuuuuu lama betul tak jumpa dia, kata je bestfriend. ihik ihik. :P
should be last year on 16th november kot kita patut meet up, tapi time tu aku busy. tak dapat jumpa Nazira and Zulaikha sekali. now rindu kat dorang lah.

well, bukan dorang je aku rindu, SEMUA kawan aku pun aku rindu banyak banyak banyak! :D 
and today, my very long lost friend masa kat sekolah rendah Taiping dulu add kat facebook. woaah, lagi rindu la kat semua kawan. :)

haa, aku selalu kalau nak keluar keluar ni atleast pukul 11 macam tu dah ada kat ktm dah. but semalam pukul12 lebih baru keluar, so macam singkat jela masa kita boleh spend together kan? # haha macam necessary je nak bagitahu tadi tu. tapi apa kesah, aku dah taip, korang baca jela eh? :p terima kasih hihi

aku bab bab dating dengan kawan or whoever lah kan, mesti lambat. hahaha teruk betul kan? apa nak buat, aku ni jenis yang tak suka tunggu orang, tapi suka orang tunggu aku. hehe, how inconsiderate nya aku :p

nothing much yang kita buat, beli macaroons kejap, just jalan jalan and Shaz pulak cari red jeans tapi tak jumpa haha. kesian dia. aku hanya mampu window shopping je. hehe and bila Shaz tak jumpa tu, in her mind nak cari kasut pulak. aku pun follow. dah lama try try every kasut yang ada, tiba - tiba instinct kata takpayah la. so, tak jadi. and now regret aaaaah! -___- that flat shoes for me cantik but Shaz kata it's black and sangat klise. FINE Shaz! kutuk ea? hahaha

next, we had our lunch kat food court. Shaz suka sangat nasi ayam kat situ, siap ada extra mangkuk for the soup. dia sangat suka! :D and i've ordered farfalle dory fish. (konon konon nya ala mix gitu -_- haha) and it's so deeeelioooo!

picture ni aku ambil kat google je. but farfalle dory fish, dia ada fillet kat atas ni. serious if korang kaki pasta. try la. i recommend you this.  aku first timer. so agak ke-jakun-an sedikit hehe


after dah habis melantak tu, kitorang makan desserts pulak. we chose gelato fruity sebab ada offer. hoho. ice cream is my favourite!! haha actually semua manisan pun my favourite. no doubt lah! kasi je. memang sumbat kat mulut ni, just risikonya ehem ehem la kan? makin mokmok eeeeee -_-

this is my lovely Shazlina Shafee

mulut tu dimuncung-muncungkan sikit. nak bagi effect tambahan. kahkah

and it's time, kena balik :'( Shaz kena balik sebab ada urusan. nak melawat siapa tah :p ehehe
kita terpaksa tinggalkan the first train sebab kitorang tengah makan, dalam train tak boleh makan kan? # anak-anak siapa lah yang baik sangat ni kihkih :p

sempat lagi anak dara Shafee ni posing

meanwhile tunggu the next train, terserempak dengan budak kms, Bakhtiar. kat kms dulu rasanya memang tak kenal sangat pun dia ni maybe bertembung tu selalu, maybe dia recognize muka aku kot. and both of us macam, "HEY" and the moment yang sangat funny when Shaz tanya. "korang kenal ke?" and aku jawab tak =.= hoho jahatnyaa. but memang betul pun. tak pernah bercakap. hehe. tapi bila terasa diri ni jahat aku add la dia kat facebook and follow kat twitter :p untuk tebus rasa jahat tu.

dah sampai kajang aku terus pergi jumpa my baby kat guardian. she works there. dahlama nak jenguk dia, tapi macam-macam hal pulak menghalang. niat tu dah ada okay Hazwani Sani :p dia lah menghibur hati lara aku. #yeke? hihi :p

ni lah my baby! :D *muka aku memang problem time ni. harap maaf :p

so that's all apa aku buat time siang. malam pulak tengok superspontan. agak hambar coz game yang dorang main semua tak best! and johan tak menang. and sangat sedih sob3 T_T habis je that show, terus tido! haha, protes johan kalah ("")("")

hihi, good night people! :)

Tuesday, May 29, 2012

acamner ni?

GUYSSSS!
DENGAN INI SAYA MENGAKU BAHAWA SAYA TIDAK TAHU NAK FOLLOW ANDA AND THE REST BLOG BLOG LAIN. KEBUTAAN IT SEPERTI SELALU. BUKAN SAYA JAHAT OR SOMBONG OR BONGKAK.SAYA CUMA TIDAK TAHU. HARAP MAKLUM


#dapat tau Miss Pathu ni, mesti dia dah penggal kepala aku.semua pun capital letters. takde etiquette dalam writing ni hihi

Sedih jugak but Alhamdulillah :')

Assalamualaikum :)


Today result matriks dah keluar, so memang la berdebar ya amat kan!
Around 10 something bukak la laptop and terus check. check check check -_______-"

and dapat result yang agak mengecewakan tsk tsk. sebabnya kalini lebih teruk dari sem 1, aaaa!! if teruk sikit okay la. boleh diterima but yang ni dapat 3.3+ dulu 3.7+ T_____T takla hebat mana but stillllll! haish

you know what, i hate maths! just because of maths punya grade, pointer terus jatuh terjunam macam orang nak bunuh diri dari KLCC. just imagine if someone nak bunuh diri from that height. hancur berkecai kan? so hati aku pun sama. fullstop! Mak kept saying, "jangan nangis jangan nangis" hehehehe. aku bila orang dah cakap macam tu lagi ah! emosional kang. hoho

paling interesting, english dulu dapat C now dapat A :3 thanks to Madam Sabrina. oneday before paper english baru dapat tau my silly mistakes -_- patut la muet dulu pun teruk hahaha.  #ohh pleaseeeeeee tukar la grade english tu dengan grade maths pleaseee.

pffft . . .conclusion nya, overall dapat 3.5+ , patah semangat sebentar. kalau boleh memang nak meraung but Mak ada pulak kat sebelah. tenangkan aku yang memang down. down habis laaa. aku nak amik dentistry but dah result macam ni, gilaa apa! harapan musnah macam tu je. CHET!

dengan itu aku pun kutuk diri macam macam. haha psycho sangat aku ni! tapi Mak pandai cool kan aku yang the very the hot hot tempered ni kan haihh, sabar jelaa. . .

aku : Mak sedih tak result kin macam ni? (dengan muka tak boleh blah mintak simpati HAHA)

Mak : Mak akan sedih if kin sedih. Mak terima je, Mak tau kau dah buat yang terbaik kan #alololo so sweeeeeeeeet Mak :') iloveyouuuuuu

takpelah, Allah dah tulis that rezeki aku kat somewhere else. so nak taknak kena lah terima, redha. kita kan Islam :) DIA sahaja yang tau.

the worst feeling is when kita rasa kita dah hampa kan family especially parents kita :( sedih laa. eventhough diorang kata okay but i know diorang nak lebih. siapa taknak tengok anak sendiri berjaya maaaan?!

maybe aku banyak main kot semester 2 ni. tapi rasanya dah study hard jugak, stay up lewat malam. tak tidur dalam lecture. hmmm but whatever. everything happens for a reason right? :) chillax

hopefully one day dapat buat my parents proud. itu jee jasa yang anak mampu bagi kat parents yang banyak sacrifice untuk kita. hoh! sedihhhh lagiiiiiiii niiiiiiiii. jiwa kacausssss w.w

yang penting next week nak pergi Ipoh, main kat Tambun. release la tension aku ni sikit woohoo.


again, Alhamdulillah :) result ni is much better than result yang aku pernah mimpi last week which is 2.34 -_- setan main main pulak dalam mimpi aku ni.

okay lah, penat jugak nak moody moody ni hahaha.

now, dah tukar upu fasa dua. thanks to Amilia yang bagi link tuu :)
dentistry still remains, then ada psychology, chemistry and human resouces and development. hope sangat dapat antara empat ni. insyaAllah.


ps : congratulations to those yang dapat 4flat and everyone yang maintain or meningkat results tuu :D well done! next, good luck for upcoming upu results ni pulak. ciss, suka buat suspen la 2 3 minggu ni -_- hahaha

bubye peeps xx

Sunday, May 27, 2012

JB's Reunion

Yeaaayyy! Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak jumpa kawan - kawan lama kat SKJB 2 dulu. eventhough 8 orang je yang ada exclude me, tapi boleh dikira happening la untuk aku. :)

kalau randomly kira, almost 6 years kitorang tak jumpa. kalau ada pun terserempak macam tu je, hanya sekadar melemparkan senyum. tegur sapa tarak! maybe masing - masing malu la agaknya. especially aku. yelah, aku kat sekolah tu pun setahun lebih je, ala - ala budak baru gitu, so terfikirlah yang dorang ni still ingat or tak. possibility yang aku rasa, dorang semua lupa. soooo sad!


BUT! dorang ingat aku! bukan ingat aku je tapi ingat nama penuh aku, dengan nama ayah aku sekali. TERHARUUUUU :') # Manju dengan triple N A dia tuu. ingat je dia. :)  nama aku Nik Nurul Nahdatul Asyikin. banyak masalah for some people yang nak hafal nama ni, kesian kesiaan. tah nak kesian kat aku or nak kesian kat individu yang tak boleh hafal nama aku? -_________- HAHA memang kesiannn. pfft. tapi aku kesian lagi kat orang yang tengah baca ayat atas aku tadi. ayat susah ak faham namanya hehehehe~


actually reunion ni starts at 10.30 macamtuu, tapi aku memang dengan tabiat aku, datang lambat. aku datang pukul 11.30 -_- tapi takpelah, atleast aku dah inform kat dorang awal - awal hoho! then, kitorang main la bowling. # dalam hati : habissss, mampus aku. dah lama tak main ni so aku mesti kalah teruk, mana nak sorok muka aku yang dah make up tebal - tebal ni. nanti orang sekeliling cakap apa. teetttt! korang kene tipu! haha -___- aku kenapa lame sangat ni. dah merapu memalam ni. *siapa yang hati kental, sila teruskan bacaan anda, siapa yang dah sakit hati tu pun kena baca jugak! tak kiraaaaaaa # ni namo ea syiok sendiri. waawaawaa. 


OK! CUT THE CRAP KIN! heeeee


Kanna and Mardhati :)

Manju Sri, the very the naive person ;) haha

Alan and Mar :)








aku rasa kitorang lah group yang paling banyak buat bising, kalau bising sebab dapat strike or spare takpelah jugak. ni kitorang bising sebab gelakkan kawan - kawan yang main macam hancuuuuuusss. semua main, i tell you! teruk gilaaa. yang dapat 100++ pun Kanna and Alip je. aku punya score? errrrrrr :| hihi. time main bowling ni, Chin tak dapat join. agak menyedihkan aku. sobs.


Later, kitorang pergi lunch. aku dah banyak kali desak dorang, nak makaaaaan nak makaaaaaan, bukan sebab aku pelahap (cover diri) tapi aku tak makan breakfast. so apa lagi, kelaparan teramat la kaaaaan?! time tu pulak dah pukul 1.30 macam tu. 3.3


okay, rasanya kitorang takdelah argue sangat nak pilih tempat nak makan, BUT! kitorang punya lah gaduh nak pilih pizza apa. aku tak makan ayam, Manju and Kanna tak makan beef. yang lain - lain tension je. haha PADAN MUKA ! :p










with my lovely Chin Kuan Yen ;) though tak lepak lama - lama but atleast  dapat jumpa pun dah okay :)
All the way kitorang jalan - jalan, Kanna tak berhenti - henti cakap -_____- aiyooooo. aku dah tak larat nak layan. Chin lagi laa. dengan dia asyik panggil aku ayam, YAM. ada pulak kedai ayam penyet, lagi best aku kena buli. lain - lain pun sama je T_T  tapi tapi, aku tak berdiam sahaja. memang bukan aku lah bro!  haha. aku pun apa lagi. sakit menyakitkan hati yang lain haheho

Bila semua dah chow, Mak and Kaklyn at that time dah ada kat area Metro Point. so pegi la lepak lagi. teman dorang makan AhCheng Laksa. sedap katanya. aku tak rasa pulak sebab dah terlalu FULL, serious full gilaaaa |) <---- macam tu la buncit nyaa. hoho. 



Later, Kaklyn belanja maxi polca dot. weehoooo! sangat happy *menari gelek - gelek inul* THANK YOU KAKLYN! :D


look at this ! :



expression dah sama, adakah kitorang pun tengah tengok benda sama? WOW! kalau anggar - anggar kan if line tuu ada satu intersection, confirm boleh tau kitorang tengok apa. hahahahha! #takde kerja.


happy day peeps! assalamualaikum :D