Assalamualaikum semua pembaca blog :)
macam mana puasa hari kedua ni? jangan lapar pulak. tahan nafsu k? hehehe
sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua :)
selamat datang ya Ramadhan, bulan paling mulia :) jom laksanakan semua ibadah dengan hati yang lapang dan ikhlas. jauhkan diri dari perkara perkara yang lagha (melalaikan). sedekah jangan lupa dan perbanyakkan baca al-Quran. mashaAllah banyak sangat fadilatnya. nak tahu? googlelah. macam macam ada.
tanamkan niat untuk melakukan kebaikan, walaupun ada kalanya kita rasa susah tapi pujuklah hati kita ni, lagipun syaitan kan kena ikat. mesti semangat kita lagi kuat, tak gitu? :)
all bad habits aku kena dijauhkan dan dikikiskan buat selama lamanya. insyaAllah. dan aku jugak doakan agar semua niat baik korang akan termakbul. amin :)
ingat lagi waktu zaman kecik kecik, aku suka curi makan time puasa XD yes! aku memang budak yang nakal. Mak pun ada cerita, time nak balik kampung je mesti aku taknak puasa. bagi alasan sakit perut nyehehehehe. anggaran kecik ni dalam standard 1 till standard 5 kot. kecik ke? -____- k malulah jugak sebenarnya tapi dah kebenaran kan, so admit je la. hoho.
yang tak boleh blah nya aku curi makan time time nak bukak puasa dah. nafsu makan tak terkawal bila nampak macam macam makanan atas meja. lagi lagi nampak cincau yang dah dicincang tu, mesti akan curi satu. so apa lagi batal puasa den! time tu pemikiran masih mentah lagi. now aku set dalam mind, kebaikan kejahatan semua Allah tahu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat :) so sebelum buat jahat tu, beringat tau?
tahun ni pun aku dah buat masalah "kot". baru hari pertama nak puasa ni =.=
Mak ada suruh aku masak nasi untuk sahur. so pukul 1 am aku pergilah dapur dengan confident nya masukkan beras dalam periuk semua. done! terus naik atas tidur.
then bangun sahur, turun bawah nak tolong mak kat dapur, tiba tiba mak and kaklyn dah perli perli. aku yang tengah mamai ni macam "pe ni, aku tak faham apa apa -_-" bila dah tak faham ni, aku pun duduk kejap, relax nak tangkap idea apa yang dorang tengah cakap. RUPA RUPANYA nasi aku semalam tak masak lagi. "dehek?"
aku TERlupa nak switch on current -_______________________-" k,aku dah nyanyuk k k k
masak nasi pun aku boleh jadi careless macam tu. silly me. feel like an idiot ;p
memang aku tak bersedia lagi nak kahwin nampaknya kahkahkah. atleast lepas ni i'll be more cautious and focus even nak masak nasi ;D hahaha
hope takde lah benda benda macam ni happen lagi.
yesterday buka puasa dengan Tok Wea, ya Allah, terubat rindu aku kat dia :')
okay lah, nak siap siap for iftar. kalau rajin buka laptop ni then i'll update a new one k?
assalamualaikum everyone. take good care of yourself. tak enjoylah puasa kalau sakit kan? hihi bubye :)
ps : sempat tengok youtube pasal israel wish ramadhan, apa yang dorang merepek tah. yang penting kita percaya bahawa Islam adalah agama yang aman dan saling menyayangi antara satu sama lain. bukan waktu ramadan je, tapi setiap masa. :)