Saturday, March 5, 2011

dandruff , kelemumur atau ketombe ?

HELLO SEMUAAAA!   :)


entry kali ni, I nak bagitau korang sikit pasal kelemumur!
kelemumur? kelemumur? ARGGGHHH! I paling tak suka kalo gatal kepala. bukannya gatal sikit-sikit tapi extreme punya gatal. pffftttt.

kelemumur ke, dandruff ke, ketombe ke sindap ke, benda tu sama je. atau nak lebih tepat lagi pityriasis capitis iaitu pengelupasan kulit mati yang berlebihan di kulit kepala.

Salah satu faktornya mungkin tak cukup sikat rambut. bila da tak sikat tu. kelemumur pun beranak-pinak la kat kepala. so jadi gatal. bukan tu je, tak cukup syampu pun boleh mendatangkan kelemumur! bayangkan 3 or 4 hari tak syampu. fuyohh, bole buat koleksi kelemumur kat rumah. jadi rajin-rajin la bersyampu ye. kalo dah malas tu, pergi la saloon je.kan senang.

Sehubungan itu, bila kulit kepala kering atau berminyak memang berisiko untuk adanya penghasilan kelemumur ni. so pastikan kulit kepala berada dalam keadaan seimbang, tak kering, tak berminyak sangat. ;)

Tapi ada jugak faktor yang kita tak bole nak elakkan macam masalah kesihatan. bagi orang-orang yang ada Parkinson's disease, heartattack, HIV atau strok. penghasilan kelemumur pun tak dapat dikawal sebab immune sistem sangat lemah. kesian kan. so pandai-pandai la korang jaga badan tu supaya sihat. masih muda mehh, ada masa je nak sihatkan badan. cewaahh. heeee

Satu lagi faktor ialah Malassezia iaitu sejenis fungus yang hidup atas kulit kepala ni. semua orang pun ada. cuma bagi certain people mungkin fungus ni tumbuh secara tidak terkawal.

Selain tu, mungkin juga nutrient-nutrient seperti vitamin B dan zink kurang dalam badan. pastikan kalo nak diet tu, buatla dengan cara yang betul. so segala nutrient untuk badan cukup je ok.

Masalah kelemumur ni memang kita tak bole elakkan, kita hanya mampu mengawal je. Guna produk-produk syampu yang sesuai. berlambak-lambak kat kedai tu kalo nak cari kn. huhuhu.

If da teruk sangat tu, pergi la jumpa dermatologist. insyaAllah dapat atasi kerumitan ni kan.



okehh, I da tak larat nak duduk lama-lama, type banyak-banyak  =='
so ni jela info yang bole I kasi harini. Terima kasih kepada sesiapa yang sanggup sudi membaca. sayaaaaannnnggg korangg. ngee <3