Friday, March 4, 2011

tinggi macam menara KL

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ! :D

nak tahu apa yang tinggi macam menara Kuala Lumpur ni? hehe. I ni suka berhiperbola sikit. kalo ade ayat over-over tu, harap maaf ya.

Harini I nak gambarkan perasaan gumbira I setinggi menara lah! mana tak happy nya, da pass wo. semalam bertungkus-lumus hafal step. alhamdullh berjaya wlaupun ini yang kali kedua. heee.

Tadi masa tunggu turn tu ada lah berkenal-kenalan dengan kenalan baru ni. ramah betul dia. I pun layan jela kan. karang dia kata kita sombong, susah nanti. the best part is dia panggil I 'kakak' .  -_______-  ya, I sedar I nampak tua. wuuuu.

tapi tak pe lah. lupakan je panggilan kakak tu.
yang paling I tak percaya bila I tanya dia sekolah mana and dia terus jawab tak sekolah pun. katanya dah berhenti sekolah since darjah 3.
tak sangka masih ada jugak orang yang sebaya I ni tak pergi sekolah, kalo dia tinggal kat pedalaman boleh la terima jugak.

so kepada sahabat handai ku diluar sana, bersyukur lah dengan apa yang kita dapat. bukan senang nak dapat ilmu yang sama kat sekolah tu.

yang masih bersekolah pulak. jangan ponteng-ponteng! amaran tegas dari "kakak" ni!


ada terfikir jugak apa yang bole kita buat kalo takda ilmu? :O payah wo hidup nanti.

now, I'm so grateful ada Mak and Abah yang bertanggungjawab. Tak semua insan bertuah. Ada yang tak dapat apa kita dapat misalnya macam pergi sekolah ni la. nampak macam masalah ringan tapi fikirkan kesan masa akan datang ;)


satu lagi, perasaan cuak I setinggi menara bila I terima 1 mesej dari sorang kawan ni. dia kata MAYBE RESULT SPM 2010 AKAN KELUAR PADA 9/10/11 MAC! arghhhhhhh. kaomeng nga! tolong tolong!!


sampai disini sahaja coretan I pada hari ni. nak sambung beradu. . . . .  tataaa evryone! ;) thanks for reading. lotsoflove