Dah lama rasanya tak update blog ni. huehue. Harini kat otak ada topik pasal kawan je. So benda yang I nak kongsi ni based on pengalaman sendiri dan kawan-kawan I yang lain jugak. pendapat je laaa. hekhek
KAWAN BIASA
Kawan biasa kat mana-mana pun boleh jumpa. kat tepi jalan ke, shopping mall ke, library ke suka hati lah. terpulang kat diri sendiri sama ada nak jadi peramah atau sombong. Mostly yang baru kenal I memang kata I sombong. huhu. Jadi dengan ini, berbekalkan azam yang baru, I nak jadi orang yang peramah sikit kot, :) Kawan biasa penting dalam hidup kita. kalau susah macam mana pun insyaAllah ada kawan-kawan yang akan tolong. jangan kita harapkan orang lain je tolong kita. kita pun kene ada effort tuk tolong orang lain jugak. tapi ingat, kalau boleh tu jangan mention sangat kebaikan yang kita dah buat. takut-takut kawan menyampah. dah tu, dorang bergosip pasal kita. tak best kn?
KAWAN BERSEBAB atau TAK IKHLAS
Sakitnya hati bila kita dapat taw ada orang kawan dengan kita bersebab. ada udang disebalik batu. kawan pun mungkin sebab pandai ke, cantik ke popular ke. haihh. rasa nak *#@&*/$ je.
I pernah kena sekali. naseb ada kawan lain tegur. kalau tak. . . . .hmmm.
Kadang-kadang mana lah kita nak perasan orang berkawan dengan kita sebab ada sebab kan. apa punya ayat daa -___-
Pernah jumpa jugak, dia berkawan sebab nak couple =,= nonsense betul. bila kita cakap nak kawan je terus dia tak terima. kawan pun susah apa. haiyaaa.
Takot sangat nanti kalau kat matrik o U jumpa orang-orang spesies ni. hope tak jumpa laa. kalau jumpa pun harap dijauhkan!
Well, manusia penuh dengan kekurangan. nak pendekkan cerita I pun pernah jadi jahat jugak. rampas tuuutt BFF sendiri. itu dulu laa. I jadikan semua tu as teladan. ambil yang jernih buang yang keruh. ecehh.
Memang banyak cerita yang I dengar pasal kawan makan kawan ni. Luaran nampak je baik. hati manusia lain-lain. ada je agenda tersendiri.
Cari kawan ni kene berwaspada. nak cari kawan yang tak kutuk belakang, yang kita boleh percayakan dia, susah sangat sekarang. Kawan hipokrit ada. talam dua muka ada. panass je bila kita dah tahu perangai sebenar. so all the best la kepada korang-korang yang menghadapi masalah dengan kawan ye. cari solution yang terbaik. ;)
KAWAN SETIA
Kawan setia adalah golongan yang jarang kita jumpa. dialah tempat kita luahkan benda pahit, manis, masin, masam semuanya lah. Luckily i found one. bersyukur sangat. setakat ni dia yang jadi pendengar setia, nasihatkan I and tegur apa yang tak patut I buat. paling penting she accepts me for who I am. kenal gila lah dengan I ni. susah wo nak tahan. hoho. hope friendship kita akan strong sampai bila-bila. ;D
to those yang dah ada BFF tu, sama-sama jaga hati masing-masing. jangan kutuk-kutuk belakang naa. kalau tak suka tu tegur dengan cara yang die boleh terima k :)
apapun FAMILY FIRST! share dengan dorang dulu. boleh percaya 100% :D
that's it tuk kali ni. kalau ada yang bertentangan pendapat tu, harap maaf ya. :) terima kasih kerana membaca.
ps : kpd sorang lagi kwn I yang teristimewa jugak kot. hahahaha thanks belanja makan pada 31 Mac 2011! akan ku kenang smpi bila-bila. ;p YYL. ngeee