Monday, November 28, 2011

Zotzawson Punya Pasal

hey semuaaa,

masihkah anda ingat kepada saya si gumuk ini? ^^,

haaa? haaa? ingat lagi. ouhh terharunyaaaaaa :') *hoverrla kan.

motif saya nak update blog ni disebabkan si zotzawson kerana dia telah pun menge-tag saya untuk menjawab soalan yang melibatkan pengetahuan yang mendalam tentang isu semasa bla bla bla. . . *motif nak hover lg? entahlaaa -___-*

straight terus kepada soalan mu wahai zots!
jeng jeng jeng. . . soalan dan jawapannya berbunyi begini.


eh eh sebelum tuu ada peraturan pulak !


1. Kena post peraturan ini.

2. Setiap orang yang di tag perlu post 11 perkara tentang mereka dalam jurnal. (Yang si zot have no effing idea where that is)

3. Jawab soalan yang rakan anda buatkan untuk anda. Dan cipta sebelas soalan baru untuk orang yang akan kamu tag selepas ini. 
(di mana saya, AsyikinRahimi tiada punya masa untuk mereka, maaf zots)

4. Pilih sebelas orang untuk di tag dan link kan mereka kepada post ini. POST INI DAN BUKAN POST LAIN. *Ecehceceh*
( ini, 5, 6 dan 7 juga zots ;p)

5. Pergi webpage mereka dan isytihar bahawa mereka telah di tag oleh saya dengan sebelas soalan YANG SANGAT SUSAH.

6. 
Kamu tak boleh tag balik orang yang tag kamu. Kamu tak boleh tag balik orang yang tag kamu.

7. Ni yang aku faham, tag sebelas orang sahaja. TAG SEBELAS ORANG SAHAJA. SEBELAS SAHAJA. 11. S-E-B-E-L-A-S

ok, settlekan peraturan nombor 2 dahulu.

11 things about me. easy jeh!

1. bila orang lain emo, saya akan kata cool. tapi diri sendiri takpandai cool -__-      so senang cerita saya cepat emo. teetttttt!
2. tak makan ayam sejak berumur 13 tahun.
3. tak suka orang puji. eh salah, bukan tak suka tapi tak selesa. *perasan, lala~
4. blog ini terhasil oleh dorongan kakak bernama Nadia Rahimi
5. menggilai ice cream! nyumnyum
6. suka melalak dan seangkatan dengannya bila dalam toilet. penyakit takboleh
  elak.
7. suka shopping sorang - sorang.
8. hari - hari mesti wajib sarapan.
9. suka dengar masalah orang a.k.a a good listener jugakla. haha
10. kuat makan desserts
11. terasa macam poyo cerita 10 perkara ni, saya bukan hotstuff. wuuwuu T_T



ok, ni soalan cepumas dia!

1 . zaman kanak kanak kegemaran dan kenapa?

     maybe time tadika kot. sebab saya diSAYANGi oleh guru so anything pun saya dapat. muehehe. and masa main - main waktu petang. memang tak ingat dunia dah.

2 . kalau marah, anda buat apa?

      orang berhampiran menjadi mangsa. so beware la bila dengan saya. he-he-he. other than that, muka serupa itu singa a.k.a memang muka scary gilaaaa! huuuu.

3 . gitar, bass gitar or drum? or else?

      prefer gitar. prefer orang mainkan gitar kat saya ;) and ada yang dah mainkan pun ;')

4.  barang kegemaran anda. list of 5.

        a) of course HANDPHONE! best friend sangat!
        b) braces! (thank you my beloved parents)
        c) nail polishing, tak tahu kenapa rasa happy tengok kuku cantik. teehee
        d) flat shoes. in future nak buat collection banyak - banyak! *anyone
            who's willing nak hadiahkan I kasut? :') *
        e) botol air

                   *semua lame -__________- ye ye I know memang memboringkan*

5 . tempat yang anda ingin jelajah. SATU SAHAJA

  err, satu dunia. satu jugak kan. 1 ye zots. S-A-T-U = SATU = ONE ;D hehe


6 . habit keanak-anakan yang masih ada sampai sekarang.

  susah nak jawab sebab ramai kata saya ni dah matang T_____T so no comment, zzz (word tu kene kecilkan sikit cz saya sangat sensitif ye haha)

7 . buku kegemaran.
   
      novel : cinta usah dinanti. (the person yang bagi, saya tak expect langsung so macam terharu sebab pasal cinta, awww)

8. hukuman yang paling berat yang anda kena. oleh sesiapa. tapi yang paling teruk.

       tak ingat sangat, confirm kat sekolah jarang kena hukuman berat sebab saya budak baik, ececeh. rasanya kat rumah kot oleh Mak. wuuwuuu. saya memang anak yang degil. . . . hukuman macam mana dah lupa laa.

9 . movie yang bagi maksud yang mendalam buat anda.

      Going The Distance : movie tu tak ada makna pun tapi time tu bawah umur, so terasa diri sangat nakal pabila melihat aksi - aksi yang tidak sepatutnya. *dushdush* *hentuk kepala kat angin* *memamg best, trylaa :D *

10 . glasses or contacts?

       for comfortability prefer glasses but if mood nak berhias macam Rozita Che Wan confirm memilih contact lens :)


haaaahh, sekian saja zots! *semputtt mak nak type tengah malam ni*


hihihi and to others yang baca harap tak tersinggung or annoyed dengan post ini ya, hanya sekadar saja-saja :)

ouh yaaaa. 28th of November : HAPPY BIRTHDAY to my cari gaduh friend! Selamat menjadi 18 tahun :D and yea congrats dapat pindah ke PD! lagi tanned lagi macho. ouchh!

have a nice day peeps! GOODNIGHT! :D

Monday, June 20, 2011

TEMPAT BARU, ASYIKIN TETAP SAMA :D

Assalamualaikum!

Korang semua sihat? :)

dah nak sebulan dok kat KMS ni, rasa rindu pulak nak update blog I ni. hehehe ;p

so kalini nak melepaskan kerinduan tu, I nak cerita sikit pasal kehidupan dok kat Banting ni. waktu ni orientasi. hari keberapa tak ingat la pulak. tapi yang I tau time ni sangat-sangat la panas. kalau tengok dalam gambar ni macam ok je kan. realiti nya, -_____- sangaaaaat panas. (gambar memang menipu anda kadang kala)


dua dari kiri : Mimi, Sofea and Hawatul
gambar ni pulak time hari terakhir orientasi. muka-muka budak tak mandi. harap maklum. hehe.
memandangkan kitorang ni dok kat row paling akhir sekali so kitorang memang tak dengar pun instruction apa faci kasi kat depan tu. kerjanya sembang je. tambah berbakul dosa. ;p seterusnya dengan tangan yang gatal tu, I tangkap la beberapa gambar as kenangan dengan mereka-mereka ini. ;)


gambar hari pertama masuk kelas :

kita berdua pakai pink colour ok. sehati sejiwa kan. huhu ;p

mula-mula start belajar memang tak best langsung sebab dalam class tu semua budak lain dah ada klik masing-masing. I macam terpinga sorang-sorang. T_T sedih la jugak time tu.
but minggu ni lecturer bagi assignment and kena buat sama-sama so dari situ baru la dapat kenal each other. dorang semua pun satu kepala macam I je. hoho.
di tengah itu : Siti Mazlina *happy semacam dapat pakai labcoat, dah tebayang-bayang diri sebagai seorang dentist. hakhak ;p *


si dia comel ni, namanya Aliah Husna ;) mostly selalu dengan dia. hee

kat sini, I masuk sukan tennis tau. pengaruh si Aliah ni. kita berdua sangat excited last week sebab baru je nak belajar main. almaklum la, before this I tak pernah pegang raket tu. =.= nak buat servis macam ape je. habis je main tennis tu penat mengejar bola bukan apa. haha

tak salah I, kawan-kawan dari sekolah dulu dalam 7 orang dapat kat KMS ni. selalu jugakla lepak-lepak dengan dorang. previous week, Mimi balik, then kakak dia, Jehan buat cookies. urggh! sedap gilaaaa! yang I ni kelaparan melahap agak banyak la jugak. hehehe

seee! nyumnyum. sungguh lazat bagi budak yang dahlama tak makan cookies nie. hmmm :)


Hawa yang melantak nasi sorang-sorang. haha ;D
Sharain seorang budak yang tabah :)
itu sahaja coretan I untuk kalini, pasni naik bilik nak kene daki sampai tingkat 3 ni. haiyohhh. +.+ hehe


thanks for reading people! :D

Sunday, May 8, 2011

7 MEI 2011

Assalamualaikum & Hi     :)


Entry kalini nak tulis sikit pasal aktiviti yang I buat pada 7 Mei 2011. outing bersama 5 dara pingitan yang baik, cantik and pandai ofcourse. hehe


Disebabkan tak sabar-sabar nak naik kereta yang dipandu kawan sendiri, I dah terpacak kat depan rumah Shahiela sebelum 1:30 pm. then pergi amik Thenmoli pulak. I memang tak pernah pergi rumah Moli ni, so bila kene call tu paling menyampah! I guna maxis, dia digi. mahalkan? -_______-  (den bab2 ni memang kodokut heee) pastu terus amik Khimmy ;)

Dorang awal-awal dah plan nak makan kat McD Bangi. bak kata siapa tah, kononnya "privasi" . I ikut je sebab tak pernah pergi situ. sampai-sampai je tempat tu dah macam tin sardin. kereta penuh nak order thru delivery and dalam dia memang sangat ramai orang! I dengan Moli dah perli-perli Sha, ouhh, privasi la sangat. huehue. sorry Sha if kami sangat annoying. hehe

Singgah berteduh kejap kat luar PKNS, menunggu dua dara ni iaitu Syera and Nadia yang lambat datang. apa lagi, Khim Moli dengan I pun busy meluangkan masa tangkap gambar. sian Sha cari tempat lunch sorang-sorang. ye lah. nak suggest tempat mana pun kitorang tak tau. hehehe ;p

Sesudah Syera ngn Nadia sampai, kami gerak ke tempat lain.
nampak je Papparich terus pick situ, then lalu pulak Ice Room, time untuk dessert nanti. terus plan dengan spontannya (terasa hebat pulak). Khimmy kat belakang. aiyo, I tak bawak banyak duit nie. hahahaha. sangat comel bila dengar dia cakap macam tu.


Moli bersama Asam Laksa and Sha dengan Kuey Teow :)
khusyuk bercerita pasal masa hadapan eyh?
I sedang makan fish & chip. ok ok jelaaaa  rasanya.

Selesai makan. Waaahhhh rasa kenyaaaaaaangnyee! tapi masih tak puas, nak pergi Ice Room pulak. nafsu syaitaaaaannn, huhu ;p

berposing-posing dulu before order ;p
Kami merupakan 1st timer so nak choose apa yang ada pun kami tak tau. agak lama la jugak. hehe
ni apa yang i order ;)
desserts kami semuaaaaa ;D

bila waiter sampai kami excited sebab decoration die sangat-sangat menarik. memang sebijik dalam gambar menu tu. so sesi fotografi pun berjalan sebentar -______- sangat jakun kami ini

haaa! kami mempraktikkan "sharing is caring". order 5 je. hal ini terjadi sebab Moli lah! katanya mengidam cendol. . . . (you mengandung anak siapa =.=)

so semua pun dapat rasa masing-masing punya. sweet gila kan kami. HAHAHA!

dentinasi seterusnya kami ke tasik cempaka. 

kami sangat gembira :DDDD

seriously time ni sangat sangat sangat panas. memang terpampang kat muka-muka kami ni. (OHAMJAAAYYY cair makeup i) itu je yang i fikir. +_____+ katakan saya gedik! yeaaah

banyak gila gambar-gambar yang i amik. just malas nak upload semua. laaaaaaammmmbat macam siput betul.
mata yang besar terus jadi kecik sebab panas. huhu

ontheway nak hantar Syera kat carpark, cepat betul dia balik. sob3
Khim banyak kali pesan, Nik, nanti amik gambar kita bertiga tau then letak as profile pic kat faceook. i pun kata ye, ok3. sampai kesudah takda pun gambar yang elok. T____T so sorry Khim.

dalam perjalanan nak balik tu, i tak habis-habis nak amik gambar je. sian Sha yang bawak kereta tu. tapi kalau muka dah cantik tu posing macam-macam mana pun tetap cantik kan. heee ;)











expressions kami memang sakai gila. hahahaha. i rasa ni baru suku je. ada lagi 30 gambar yang macam ni. tak sanggup den nak kongsi sama.

i sangat-sangat happy dapat jumpa dorang ni! Alhamdulillah kalau gaduh pun kami pandai-pandai solve kan sendiri. hope sampai bila-bila ;) love u guys.

esok 9 mei Moli dah kena daftar form 6 kat highschool. *ehem ehem* sukala tu Moli. hakhak ;p cari pengganti yang setanding dengan i k. ;D




that's all guys. thank you! ;)


Friday, May 6, 2011

SAYA DAH BESAR!

Wooooohooooooo,
eh lupa nak bagi salam. Assalamualaikum semua. ;) hehe

28 April lepas, semua budak lepasan SPM kecoh nak tau keputusan matriks. termasukla I. heeee. bangun-bangun je dari tido tu. terus ke lappy bukak website (alamak kantoi selalu bangun lambat, biasalakan budak habis sekolah. hekhek)

cari punya cari punya cari. dapat tau dah. thanks yea kak naya. tanpa anda memang adikmu ini akan sesat mencari website yang betul. I memang buta IT so apa-apa jangan sesekali suruh I bekerja dengan computer k.

I dapat kat KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR (KMS), Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, SDE. haaaa. amik! alamatnye sekali I kasi ni. datanglah. lawat-lawat I eyh. huhu ;D

sebenarnya I sedih dapat kat Selangor ni. kalau boleh nak la kat Johor ke Melakau ke? ok sikit kot. atleast ada la panggilan perantau tuu. hakhak. but bila I dapat tau yang BFF I tak dapat matriks, terus I rasa bersyukur. bukan semua terpilih. ada hikmahnya kan kan kan?

harini 6 MEI 2011 keputusan upu keluar, mujur ada kawan I ni ingatkan. hihi thanks yaww  <3

sepantas kilat I terus lari ke bilik. bergegar-gegar rumah I nie. monster lari, biasalah kan. hoho

and keputusannye adalah I tidak berjaya. I memang ditakdirkan masuk matriks. thank you mak and abah yang doakan selama ni. eceeh. ;p

23 MEI 2011 nanti, i dah kena daftar dah. ouhh, nampaknya lagi jarang la i update blog ni. wuuuuu. T__T
doakan I ok dekat matriks nanti k. wish me luck! ;D bakal merindui semua orang. sob3.


Adikku! Adik yang tinggi daripada kakaknya iaitu I -__________-
rasanya memang rindu gilak kat budak ni! rindu nak gaduh, buli, gurau senda, usik, mencaci sama sendiri. hahahahaha. rindu jugak kat panggilan yang die selalu panggil. ouhh, tak payah mention la kan. -____- laser mulut die ni. sentiaso sabo jela den ni ha.


thanks for reading. maafkan I k sekiranya I pernah menguris hati anda ;) bubye.

Tuesday, April 26, 2011

OMG!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! i tersalah wish. maluuuuu maluuuuu. i wish birthday kat kawan i harini. then i check balik i salah baca! aaargh, damn you facebook (menyalahkan benda lain padahal mata sendiri yang salah baca T_________T).  nama dorang seakan akan sama, teruslah i text dia. then dia call. maluuu babe!

tengok balik birthday dia dah lepas. ok biha, tak contact you dah sebab i malu. malu gila ok.

pernah jugak before nie tersalah. i wish dekat Hawatul, 2 days before birthday dia. tak ingat la sama ada i salah dengar or dia saja kasi salah info kat i cause that time tengah jog sama-sama (cover line taknak orang panggil i pekak eh tak, ada sound problem, hahaha)

tah sapa pulak mangsa lepas nie. hope takda dahlaaaaa. penat nak cover muka malu lagi. huhu.

untuk melupakan perkara malu ini, i nak makan chocolate. choc boleh meng-happy-kan i. (no wonder aku gemuk -_____- sebab selalu buat benda yang memalukan then makan choc, so dah tau puncanya) hehe. dadaaaa everyone ;) byeee.

ps : to those peep yang ada interview MARA harini. wish you all the best! xx

Sunday, April 24, 2011

sama tak?

HI, ;D


Malams nis sayas memangs taks daks kerjas naks buats, agaks memborings kans lahs. so sayas puns buats satus lakarans mukas sayas. hesheshes. (kepada korang-korang yang lampi tu, nie bukan ayat alien or avatar eyh. i hanya tambah "s" disetiap belakang ayat, nama pun tak da kerja kan. huhu. ok i sambung balik)


dalams masas naks tunggus internets nis oks, sayas dengans spontans nyes ambiks las pensels adiks sayas ands buku contengs nyes. hasils daris itus, NAAAAHHHHH,

sama tak? sama tak? cakapla sama please! penat tau lukis tu. hehe

inis lahs tahaps maximums kekreatifans yangs sayas adas. hoho
kalaus adas dis antaras-antaras korangs yangs pandais lukis tus, jangans lahs kutuks taus! i know it's UGLY!  tapis tus lahs yangs sayas gambars kans mukas sayas. eheee. palings pentings dalams gambars nis adalahs braces sayas lahss! hohoho :DDD

ps : malam-malam pun kene exercise mulut jugak. ingat kat AF je ke ada? tak tak. kat blog i pun boleh. hhahaha. nonsense je. -______-

pss : minta maaf atas kesulitan untuk anda membaca. harap bersabar eyh. dengar je lagu senyum dari malique and najwa tu. SENYUM SENYUM kan manis tu. hikhik ;) thanks for reading uolsss. xx

Thursday, April 21, 2011

Pada Suatu Petang nak ke Maghrib. . . .

Harini untuk i, hari yang paling membosankan! mak ada ajak keluar tapi tak jadi pulak  -____-  punya la i excited. then breakfast pun ala kadar je sebab i tak boleh gigit  +_+ haihhh.

makan tu adalah favourite i ok!! apakan daya, nak cantikkan gigi ada la effect sampingan kan. so seharian kat rumah i hanya facebook and tengok tv cerita yang sama diulang setiap hari. apa kejadah semua ini! arggh. *bila kemahuan tidak kesampaian, asyik nak emo je keje, hehehe*

sakitnya hati bila ulang-alik masuk tandas sebab food poisoning. dahla i boring, tambah pulak dengan masalah perut. sob3 ;( kesian kan hahaha

Selalu petang khamis, i akan teman mak i pergi pasar malam kat Taman Jasmin. tapi harini i takda mood sangat nak ikut. so pakai pun simple jela. i just pakai seluar slack, t-shirt yang memang loose dengan lengan pulak sampai siku je = =" and tudung express warne hitam (bak kata cikgu kat tempat memandu tu tudung malas, WTH? siap tunjuk i pulak tu) ah, lupekan jee. . . and seriously petang tadi, i SELEKEHHHHHHH GILAAA!! muka secolek bedak pun takda. uglyyy man!

masa masuk kereta tu i start la conversation dulu.

                  i : mak, harini kin jadi orang gaji mak eyh? (muke sengih mcm kerang
                       busuk, *ouh, kerang pun boleh senyum ke?* whateva lah =.= )"
              
                  mak : asal pulak?
               
                 i : yela mak! cube mak tengok kin pakai pe harini, teruk kan. (then gelak
                       sorang-sorang)
          
                 mak : haah, orang gaji kaya and paling mahal.
          

                 i : (muke blur sebab i nie memang lampi) kenape mak?
               
                mak : penah nampak maid pakai braces ke before nie? ade pulak duit 
                           nak buat braces tu
               
                 i : *facepalm* haah kan, lupe pulak. -_______- (topik yang agak sakai
                         diperbualkan)


Baru je sampai pasar tu, boleh pulak terjumpa BFF nie, SHAHIELA . apa lagi, dari jauh dah tergelak-gelak da sebab malu. almaklum la, i dengan Shahiela nie suka cakap pasal fashion-fashion. nak jadi vogue gitu. keluar pasar pun kalau boleh bergaya ok. huhuhu.

So nie lah muka yang agak hodoh and tahpape dari i. T________T gambar tu terpaksa dikecikkan sikit. hehehe



walau macam mana keadaan pun safety penting ok! jangan lupa pakai tali pinggang keledar ;)

eh, terasa nak selit pulak gambar yang sedap sikit mata memandang  yelaa, dah tengok gambar selekeh kat atas tu kan. hukhuk ;p
this time im trying so hard nak senyum mulut tertutup. so nie jela yang i mampu. hehehe

i memang ada masalah dengan tangan. tiap kali bergambar, tangan tu mesti nak interprem . tak bole nak buek apo. tabiat pelik. hehehe

ok, thanks for reading, tak boleh tulis panjang-panjang sebab korang pun bukan nak tau sangat pasal i kan. hehe and satu lagi, tension duduk dalam bilik yang lagu-lagu James Blunt' dipasangkan oleh adik i nie. korang tau kan betapa jiwang nya lagu JB tu . haishhh -_______-


xoxo. :DDD

Tuesday, April 19, 2011

comelnya merekaaaa :DDD

                  

                                                              ASSALAMUALAIKUM ;D


Every weekday dari pukul 11-12, i ada satu slot kat tv yang i memang akan tengok. compulsory jugakla iaitu cerita JON & KATE PLUS EIGHT!  mak i dah tau dah kalo time cerita ni memang tak akan ajak i keluar. hehehe.

anak mereka ada lapan woo! tertarik nak tengok sebab anak-anak tu comeeel banget! aaaaaaaaa. rase mau cubit-cubit itu pipi. seeeeee! comel gilaaaa kan. banyak cakap pulak tu. sorry untuk gambar yang tak berapa clear. heee


6 kembar sekaligus - google image



seriously i thought family ni happy, malangya parents dorang da divorced da (dua tahun lepas, baru tau skang. hekhekhek ;p)

pity to these kids sebab dorang still kecik lagi kan. then ramai pulak tu siblings. sob3

Now i tak sabar-sabar tunggu my kakak, kak Naya nak kawin :DDDD. hukhukhuk. bila dah dapat anak nanti, mesti dia suruh i jaga baby dia kan. i naaaak feed baby dia sampai jadi gebu macam dalam video ni. bila dah gebu best cubit-cubit ni. kahkahkah. 


                                                        
thanks for reading. have a nice day people! :)

Monday, April 11, 2011

Buat Baik Sentiasa Dikenang


Pernah tak korang rasa sangat-sangat happy bila ada orang tolong korang?
kalo pernah, sila angkat tangan macam saya!! macam nampak je kan  -_____-

kejadian ni berlaku masa i darjah 4 kot. tak ingat sangat la bila. time ni pergi bercuti kat Terengganu, dah last day dah. nak check out pun. Dah nama pun kanak-kanak ribena, main je memanjang tak ingat dunia. i dengan seronoknya main la belon-belon air ni dengan sorang jiran i. kitorang pandai tau, main pun kat port port yang indah gitu iaitu disebelah kolam ikan. besar gak wo. jakun lebih.

sedang seronok i letupkan belon air yang jiran i buat tu. . . . . . sekali. . . .  jeng jeng jeng! terjunam i masuk dalam kolam. tak dan i nak tunjuk bakat i buat aksi pusing-pusing tu. almaklum la terrrkkeeeezzuuuutttt. bukan i je terkejut. ikan-ikan dalam kolam, penyu, pengunjung lain pun terkejut sama. tergamam la lain kata. mana tak nya kan, dah i jerit aaaaaaaaaaaa sekuat-kuatnya. pastu bunyi splashhh. (pandai-pandai la korang bayangkan ye. heeee.)

mak i time tu da kelam kabut dah, anak dia dalam kolam bersama dengan hidupan laut tu. BAHAYA GILA LA KAN! hahaha. over je. =.=

nasib i sangat bertuah, ada pulak abang hensem ni. awwww, dia selamatkan i tau! masih terbayang-bayang lagi muke die. hikhik. disebabkan i tengah trauma tak sempat nak cakap terima kasih kat dia. biadap sungguh i ni. ish3.

sampai sekarang i tak boleh lupekan peristiwa jatuh kolam dengan abang hensem tu sekali. ;p paling tak boleh blah apa la orang-orang yang nampak i terjatuh tu pikir. budak ni hyper ke? budak ni terencat ke? budak ni teruk ke? budak ni comel ke? eh, tetibe je. hahahaha.

alahai badan alahai nyawa. malang memang tak berbau.so korang-korang nanti kalo dah besar, dah ada anak kecil. jangan kasi dorang main belon air tu kat lobby tau. lagi-lagi ada kolam. perkara ini mungkin terjadi di depan mata andaa. . . . . .


tu jela kot. tajuk memang tak sama dengan isi pun, itu pasal tak pernah dapat BM A+ tu. sob3 T_____T
thanks for reading. :DDD goodnight. i tido dulu, zZzzzZzz


Monday, April 4, 2011

KAWAN :)

HI SEMUAAA :)

Dah lama rasanya tak update blog ni. huehue. Harini kat otak ada topik pasal kawan je. So benda yang I nak kongsi ni based on pengalaman sendiri dan kawan-kawan I yang lain jugak. pendapat je laaa. hekhek


KAWAN BIASA



Kawan biasa kat mana-mana pun boleh jumpa. kat tepi jalan ke, shopping mall ke, library ke suka hati lah. terpulang kat diri sendiri sama ada nak jadi peramah atau sombong. Mostly yang baru kenal I memang kata I sombong. huhu. Jadi dengan ini, berbekalkan azam yang baru, I nak jadi orang yang peramah sikit kot, :) Kawan biasa penting dalam hidup kita. kalau susah macam mana pun insyaAllah ada kawan-kawan yang akan tolong. jangan kita harapkan orang lain je tolong kita. kita pun kene ada effort tuk tolong orang lain jugak. tapi ingat, kalau boleh tu jangan mention sangat kebaikan yang kita dah buat. takut-takut kawan menyampah. dah tu, dorang bergosip pasal kita. tak best kn?

KAWAN BERSEBAB atau TAK IKHLAS

Sakitnya hati bila kita dapat taw ada orang kawan dengan kita bersebab. ada udang disebalik batu. kawan pun mungkin sebab pandai ke, cantik ke popular ke. haihh. rasa nak *#@&*/$ je.
I pernah kena sekali. naseb ada kawan lain tegur. kalau tak. . . . .hmmm.
Kadang-kadang mana lah kita nak perasan orang berkawan dengan kita sebab ada sebab kan. apa punya ayat daa -___-
Pernah jumpa jugak, dia berkawan sebab nak couple =,= nonsense betul. bila kita cakap nak kawan je terus dia tak terima. kawan pun susah apa. haiyaaa.
Takot sangat nanti kalau kat matrik o U jumpa orang-orang spesies ni. hope tak jumpa laa. kalau jumpa pun harap dijauhkan!

KAWAN MAKAN KAWAN (BACKSTABBER)



Well, manusia penuh dengan kekurangan. nak pendekkan cerita I pun pernah jadi jahat jugak. rampas tuuutt BFF sendiri. itu dulu laa. I jadikan semua tu as teladan. ambil yang jernih buang yang keruh. ecehh.
Memang banyak cerita yang I dengar pasal kawan makan kawan ni. Luaran nampak je baik. hati manusia lain-lain. ada je agenda tersendiri.
Cari kawan ni kene berwaspada. nak cari kawan yang tak kutuk belakang, yang kita boleh percayakan dia, susah sangat sekarang. Kawan hipokrit ada. talam dua muka ada. panass je bila kita dah tahu perangai sebenar. so all the best la kepada korang-korang yang menghadapi masalah dengan kawan ye. cari solution yang terbaik. ;)

KAWAN SETIA


Kawan setia adalah golongan yang jarang kita jumpa. dialah tempat kita luahkan benda pahit, manis, masin, masam semuanya lah. Luckily i found one. bersyukur sangat. setakat ni dia yang jadi pendengar setia, nasihatkan I and tegur apa yang tak patut I buat. paling penting she accepts me for who I am. kenal gila lah dengan I ni. susah wo nak tahan. hoho. hope friendship kita akan strong sampai bila-bila. ;D
to those yang dah ada BFF tu, sama-sama jaga hati masing-masing. jangan kutuk-kutuk belakang naa. kalau tak suka tu tegur dengan cara yang die boleh terima k :)

apapun FAMILY FIRST! share dengan dorang dulu. boleh percaya 100% :D
that's it tuk kali ni. kalau ada yang bertentangan pendapat tu, harap maaf ya. :) terima kasih kerana membaca.


ps : kpd sorang lagi kwn I yang teristimewa jugak kot. hahahaha thanks belanja makan pada 31 Mac 2011! akan ku kenang smpi bila-bila. ;p YYL. ngeee

Saturday, March 5, 2011

dandruff , kelemumur atau ketombe ?

HELLO SEMUAAAA!   :)


entry kali ni, I nak bagitau korang sikit pasal kelemumur!
kelemumur? kelemumur? ARGGGHHH! I paling tak suka kalo gatal kepala. bukannya gatal sikit-sikit tapi extreme punya gatal. pffftttt.

kelemumur ke, dandruff ke, ketombe ke sindap ke, benda tu sama je. atau nak lebih tepat lagi pityriasis capitis iaitu pengelupasan kulit mati yang berlebihan di kulit kepala.

Salah satu faktornya mungkin tak cukup sikat rambut. bila da tak sikat tu. kelemumur pun beranak-pinak la kat kepala. so jadi gatal. bukan tu je, tak cukup syampu pun boleh mendatangkan kelemumur! bayangkan 3 or 4 hari tak syampu. fuyohh, bole buat koleksi kelemumur kat rumah. jadi rajin-rajin la bersyampu ye. kalo dah malas tu, pergi la saloon je.kan senang.

Sehubungan itu, bila kulit kepala kering atau berminyak memang berisiko untuk adanya penghasilan kelemumur ni. so pastikan kulit kepala berada dalam keadaan seimbang, tak kering, tak berminyak sangat. ;)

Tapi ada jugak faktor yang kita tak bole nak elakkan macam masalah kesihatan. bagi orang-orang yang ada Parkinson's disease, heartattack, HIV atau strok. penghasilan kelemumur pun tak dapat dikawal sebab immune sistem sangat lemah. kesian kan. so pandai-pandai la korang jaga badan tu supaya sihat. masih muda mehh, ada masa je nak sihatkan badan. cewaahh. heeee

Satu lagi faktor ialah Malassezia iaitu sejenis fungus yang hidup atas kulit kepala ni. semua orang pun ada. cuma bagi certain people mungkin fungus ni tumbuh secara tidak terkawal.

Selain tu, mungkin juga nutrient-nutrient seperti vitamin B dan zink kurang dalam badan. pastikan kalo nak diet tu, buatla dengan cara yang betul. so segala nutrient untuk badan cukup je ok.

Masalah kelemumur ni memang kita tak bole elakkan, kita hanya mampu mengawal je. Guna produk-produk syampu yang sesuai. berlambak-lambak kat kedai tu kalo nak cari kn. huhuhu.

If da teruk sangat tu, pergi la jumpa dermatologist. insyaAllah dapat atasi kerumitan ni kan.



okehh, I da tak larat nak duduk lama-lama, type banyak-banyak  =='
so ni jela info yang bole I kasi harini. Terima kasih kepada sesiapa yang sanggup sudi membaca. sayaaaaannnnggg korangg. ngee <3

Friday, March 4, 2011

tinggi macam menara KL

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ! :D

nak tahu apa yang tinggi macam menara Kuala Lumpur ni? hehe. I ni suka berhiperbola sikit. kalo ade ayat over-over tu, harap maaf ya.

Harini I nak gambarkan perasaan gumbira I setinggi menara lah! mana tak happy nya, da pass wo. semalam bertungkus-lumus hafal step. alhamdullh berjaya wlaupun ini yang kali kedua. heee.

Tadi masa tunggu turn tu ada lah berkenal-kenalan dengan kenalan baru ni. ramah betul dia. I pun layan jela kan. karang dia kata kita sombong, susah nanti. the best part is dia panggil I 'kakak' .  -_______-  ya, I sedar I nampak tua. wuuuu.

tapi tak pe lah. lupakan je panggilan kakak tu.
yang paling I tak percaya bila I tanya dia sekolah mana and dia terus jawab tak sekolah pun. katanya dah berhenti sekolah since darjah 3.
tak sangka masih ada jugak orang yang sebaya I ni tak pergi sekolah, kalo dia tinggal kat pedalaman boleh la terima jugak.

so kepada sahabat handai ku diluar sana, bersyukur lah dengan apa yang kita dapat. bukan senang nak dapat ilmu yang sama kat sekolah tu.

yang masih bersekolah pulak. jangan ponteng-ponteng! amaran tegas dari "kakak" ni!


ada terfikir jugak apa yang bole kita buat kalo takda ilmu? :O payah wo hidup nanti.

now, I'm so grateful ada Mak and Abah yang bertanggungjawab. Tak semua insan bertuah. Ada yang tak dapat apa kita dapat misalnya macam pergi sekolah ni la. nampak macam masalah ringan tapi fikirkan kesan masa akan datang ;)


satu lagi, perasaan cuak I setinggi menara bila I terima 1 mesej dari sorang kawan ni. dia kata MAYBE RESULT SPM 2010 AKAN KELUAR PADA 9/10/11 MAC! arghhhhhhh. kaomeng nga! tolong tolong!!


sampai disini sahaja coretan I pada hari ni. nak sambung beradu. . . . .  tataaa evryone! ;) thanks for reading. lotsoflove

Thursday, March 3, 2011

rindu waktu itu :')

Dah 3 bulan tak sekolah, memang rase rindu yang teramat sangat dengan suasana sekolah . :'(
Kalo on facebook mula lah tengok gambar-gambar dgn classmates. alahaaai, andai ku mampu me'reverse' balik masa. . . . .

Dulu masa nak bangun pergi sekolah, perghhh. malasnya rasa. syaitan jenis apa yang menghasut pun tak tahu la time tu. =='
leteran Mak tu memang wajib tiap-tiap pagi.hehehe.

Macam biasa, pergi sekolah Abah hantar. I orang terawal masuk kelas dari yang lain.
Masuk-masuk je bukan nak study ke apa, TAPI TIDUR.elok sangat la perangai -____- tahun SPM kot.

I nak cerita masa I form 5 je. Tahun yang paling banyak kenangan manis dan pahit. mostly nya manis la.macam rasa gula-gula kapas gitu. hikhik

Thenmoli, Lee Pei Khim, Nur Shahiela Chao, Nurul Shahirah, Lee Sze Ruiy, Ambigai, Turkasshini, Prithini & Su Ann ~ ini lah kawan-kawan rapat I. kalo boleh pergi makmal ke, kumpul dalam dewan ke ape ke mesti nak sama-sama je. kan korang kan ? ;D
(jap! actually ramai lagi. nama-nama yang tak ada tu sorry sangat. don't worry. nik masih ingat korang ;P)

I paling suka waktu pendidikan jasmani ! wohhhh! group I paling aktif.  kalo boleh nak main sampai hilang tenaga tu. hakhak. hyper sungguh kami.


  after penat ber PJ wajib bergambar. dengan pasangan masing-masing lagi. paling penting 1 Malaysia tw!

Group I antara budak-budak yang rajin pergi sekolah, lagi-lagi kalo sekolah ganti.
semuanya ada agenda sendiri. lagi sikit yang datang lagi happy kitorang. sebabnya kita tak payah nak study. wohoho.
orang yang kene pujuk cikgu siapa lagi kalo bukan Pei Khim dengan Sze Ruiy. (orang yang berpengaruh besar lah katakn)

                                         ini adalah salah satu aktiviti kami sewaktu ketiadaan guru.
       dah macam zoo pun ada kelas nie. tetapi tetap disayangi semua cikgu hahahahaha :D

                                                         mastermind = Miss Khimmy

Masa kosong memang kitorang isi dengan gelak ketawa, gossip-gossip panas. and kalo dah sekolah pun semua perempuan, macam-macam aksi dan topik kitorang merepek bersama! muahahaha.

Sebenarnya macam-macam kenangan lagi, cume tak larat la nak flashback semua. makin tua makin pelupa. aiyoyo.

so just nak wish utk semua spm candidates bagi 2010. ALL THE BEST!
masih ada masa nak berdoa nie ;) hihihi

ps : Khimm, sorry curi gambar you. hee

Saturday, February 26, 2011

Entry Pertama Sebagai Seorang Blogger

Assalamualaikum semua :)

Nie adalah 1st entry I. memandangkan I seorg penganggur bertauliah, ade baiknye nak tulis2 blog nie.
dpt la mengasah balik bakat penulisan (mcm pernah bagus je, kahkah)

So nak start dengan introduce diri nie lah.
nama penuh Nik Nurul Nahdatul Asyikin bt. Nek Rahimi.
boleh panggil nik o syikin. tp kalo nak panggil name yg comel comel pun, apesalahnye kan.hikhik.

Seorang budak virgo (28/8/1993) yg ego sikapnye dan adakalanya SGT EVIL! Muahaha!!
so kepada sesiapa yg slalu dibuli tu harap diampun dosa2 ini yah! isk isk isk (muke meraih simpati)

Itu je la kot nak bgtw pasal I.hehe. biar korg kenal I thru blog nie. tak kenal maka tak cinta, tak gitu rakan-rakan? cewaahhh. macam nak bercinta pulak ngn I kan. huahua


Nak cerita ckitla, smlm Jumaat bersamaan 25 Feb 2011, I pegi la kat Broga nak buat test JPJ.
perasaan time tu mmg macam macam ada lah! tak terkata. tp paling I rasa tu ofcourse la CUAK.
cuak gila bhai. hahaha.
Nasib baik I dpt sesi 2. so start pun lambat laa
Dlm 11.45 tu turn I buat test litar. ya ampun sih, masuk je kereta tu. gabra habis lah!


           time nie mmg da tak kesah muke sakai mcm mana pun. sbb bukit da pass! yeahhh!

Malangnya buat I, hanya bukit je pass. side parking? aiyoyo. kantoi. bile pegawai JPJ tu da tnjuk isyarat, so paham-paham la. da fail. T____T sob3.
rase nak goda-goda je pgawai tu suro kasi I masa lebih. wakakaka


Pastu terus kene test untuk jalan raya. Mase menunggu turn, I call la Mak n kawan-kawan yg support I espcially si comel Sharain tentang kegagalan I buat side parking tu.


Tapi ALHAMDULILLAH, test jalan raya I pass! fuhhhh, lega. pegawai JPJ time tu dahla menakutkan. I berani bawak paling maksimum pun 40 je. hakhak. kononnye berhemah la. :p

after all, I masih kene pegi Broga tu balik next week. haiyohhhh! redha je laaa. *lagu InsyaAllah Maher Zain berkumandang*

itu sahaja dari I tuk harini. hope korg enjoy la ye. ( I taw, sgt2 poyo) ekekeke

Thanks n have a nice day ;D