Saturday, March 5, 2011

dandruff , kelemumur atau ketombe ?

HELLO SEMUAAAA!   :)


entry kali ni, I nak bagitau korang sikit pasal kelemumur!
kelemumur? kelemumur? ARGGGHHH! I paling tak suka kalo gatal kepala. bukannya gatal sikit-sikit tapi extreme punya gatal. pffftttt.

kelemumur ke, dandruff ke, ketombe ke sindap ke, benda tu sama je. atau nak lebih tepat lagi pityriasis capitis iaitu pengelupasan kulit mati yang berlebihan di kulit kepala.

Salah satu faktornya mungkin tak cukup sikat rambut. bila da tak sikat tu. kelemumur pun beranak-pinak la kat kepala. so jadi gatal. bukan tu je, tak cukup syampu pun boleh mendatangkan kelemumur! bayangkan 3 or 4 hari tak syampu. fuyohh, bole buat koleksi kelemumur kat rumah. jadi rajin-rajin la bersyampu ye. kalo dah malas tu, pergi la saloon je.kan senang.

Sehubungan itu, bila kulit kepala kering atau berminyak memang berisiko untuk adanya penghasilan kelemumur ni. so pastikan kulit kepala berada dalam keadaan seimbang, tak kering, tak berminyak sangat. ;)

Tapi ada jugak faktor yang kita tak bole nak elakkan macam masalah kesihatan. bagi orang-orang yang ada Parkinson's disease, heartattack, HIV atau strok. penghasilan kelemumur pun tak dapat dikawal sebab immune sistem sangat lemah. kesian kan. so pandai-pandai la korang jaga badan tu supaya sihat. masih muda mehh, ada masa je nak sihatkan badan. cewaahh. heeee

Satu lagi faktor ialah Malassezia iaitu sejenis fungus yang hidup atas kulit kepala ni. semua orang pun ada. cuma bagi certain people mungkin fungus ni tumbuh secara tidak terkawal.

Selain tu, mungkin juga nutrient-nutrient seperti vitamin B dan zink kurang dalam badan. pastikan kalo nak diet tu, buatla dengan cara yang betul. so segala nutrient untuk badan cukup je ok.

Masalah kelemumur ni memang kita tak bole elakkan, kita hanya mampu mengawal je. Guna produk-produk syampu yang sesuai. berlambak-lambak kat kedai tu kalo nak cari kn. huhuhu.

If da teruk sangat tu, pergi la jumpa dermatologist. insyaAllah dapat atasi kerumitan ni kan.



okehh, I da tak larat nak duduk lama-lama, type banyak-banyak  =='
so ni jela info yang bole I kasi harini. Terima kasih kepada sesiapa yang sanggup sudi membaca. sayaaaaannnnggg korangg. ngee <3

Friday, March 4, 2011

tinggi macam menara KL

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ! :D

nak tahu apa yang tinggi macam menara Kuala Lumpur ni? hehe. I ni suka berhiperbola sikit. kalo ade ayat over-over tu, harap maaf ya.

Harini I nak gambarkan perasaan gumbira I setinggi menara lah! mana tak happy nya, da pass wo. semalam bertungkus-lumus hafal step. alhamdullh berjaya wlaupun ini yang kali kedua. heee.

Tadi masa tunggu turn tu ada lah berkenal-kenalan dengan kenalan baru ni. ramah betul dia. I pun layan jela kan. karang dia kata kita sombong, susah nanti. the best part is dia panggil I 'kakak' .  -_______-  ya, I sedar I nampak tua. wuuuu.

tapi tak pe lah. lupakan je panggilan kakak tu.
yang paling I tak percaya bila I tanya dia sekolah mana and dia terus jawab tak sekolah pun. katanya dah berhenti sekolah since darjah 3.
tak sangka masih ada jugak orang yang sebaya I ni tak pergi sekolah, kalo dia tinggal kat pedalaman boleh la terima jugak.

so kepada sahabat handai ku diluar sana, bersyukur lah dengan apa yang kita dapat. bukan senang nak dapat ilmu yang sama kat sekolah tu.

yang masih bersekolah pulak. jangan ponteng-ponteng! amaran tegas dari "kakak" ni!


ada terfikir jugak apa yang bole kita buat kalo takda ilmu? :O payah wo hidup nanti.

now, I'm so grateful ada Mak and Abah yang bertanggungjawab. Tak semua insan bertuah. Ada yang tak dapat apa kita dapat misalnya macam pergi sekolah ni la. nampak macam masalah ringan tapi fikirkan kesan masa akan datang ;)


satu lagi, perasaan cuak I setinggi menara bila I terima 1 mesej dari sorang kawan ni. dia kata MAYBE RESULT SPM 2010 AKAN KELUAR PADA 9/10/11 MAC! arghhhhhhh. kaomeng nga! tolong tolong!!


sampai disini sahaja coretan I pada hari ni. nak sambung beradu. . . . .  tataaa evryone! ;) thanks for reading. lotsoflove

Thursday, March 3, 2011

rindu waktu itu :')

Dah 3 bulan tak sekolah, memang rase rindu yang teramat sangat dengan suasana sekolah . :'(
Kalo on facebook mula lah tengok gambar-gambar dgn classmates. alahaaai, andai ku mampu me'reverse' balik masa. . . . .

Dulu masa nak bangun pergi sekolah, perghhh. malasnya rasa. syaitan jenis apa yang menghasut pun tak tahu la time tu. =='
leteran Mak tu memang wajib tiap-tiap pagi.hehehe.

Macam biasa, pergi sekolah Abah hantar. I orang terawal masuk kelas dari yang lain.
Masuk-masuk je bukan nak study ke apa, TAPI TIDUR.elok sangat la perangai -____- tahun SPM kot.

I nak cerita masa I form 5 je. Tahun yang paling banyak kenangan manis dan pahit. mostly nya manis la.macam rasa gula-gula kapas gitu. hikhik

Thenmoli, Lee Pei Khim, Nur Shahiela Chao, Nurul Shahirah, Lee Sze Ruiy, Ambigai, Turkasshini, Prithini & Su Ann ~ ini lah kawan-kawan rapat I. kalo boleh pergi makmal ke, kumpul dalam dewan ke ape ke mesti nak sama-sama je. kan korang kan ? ;D
(jap! actually ramai lagi. nama-nama yang tak ada tu sorry sangat. don't worry. nik masih ingat korang ;P)

I paling suka waktu pendidikan jasmani ! wohhhh! group I paling aktif.  kalo boleh nak main sampai hilang tenaga tu. hakhak. hyper sungguh kami.


  after penat ber PJ wajib bergambar. dengan pasangan masing-masing lagi. paling penting 1 Malaysia tw!

Group I antara budak-budak yang rajin pergi sekolah, lagi-lagi kalo sekolah ganti.
semuanya ada agenda sendiri. lagi sikit yang datang lagi happy kitorang. sebabnya kita tak payah nak study. wohoho.
orang yang kene pujuk cikgu siapa lagi kalo bukan Pei Khim dengan Sze Ruiy. (orang yang berpengaruh besar lah katakn)

                                         ini adalah salah satu aktiviti kami sewaktu ketiadaan guru.
       dah macam zoo pun ada kelas nie. tetapi tetap disayangi semua cikgu hahahahaha :D

                                                         mastermind = Miss Khimmy

Masa kosong memang kitorang isi dengan gelak ketawa, gossip-gossip panas. and kalo dah sekolah pun semua perempuan, macam-macam aksi dan topik kitorang merepek bersama! muahahaha.

Sebenarnya macam-macam kenangan lagi, cume tak larat la nak flashback semua. makin tua makin pelupa. aiyoyo.

so just nak wish utk semua spm candidates bagi 2010. ALL THE BEST!
masih ada masa nak berdoa nie ;) hihihi

ps : Khimm, sorry curi gambar you. hee