Sunday, May 8, 2011

7 MEI 2011

Assalamualaikum & Hi     :)


Entry kalini nak tulis sikit pasal aktiviti yang I buat pada 7 Mei 2011. outing bersama 5 dara pingitan yang baik, cantik and pandai ofcourse. hehe


Disebabkan tak sabar-sabar nak naik kereta yang dipandu kawan sendiri, I dah terpacak kat depan rumah Shahiela sebelum 1:30 pm. then pergi amik Thenmoli pulak. I memang tak pernah pergi rumah Moli ni, so bila kene call tu paling menyampah! I guna maxis, dia digi. mahalkan? -_______-  (den bab2 ni memang kodokut heee) pastu terus amik Khimmy ;)

Dorang awal-awal dah plan nak makan kat McD Bangi. bak kata siapa tah, kononnya "privasi" . I ikut je sebab tak pernah pergi situ. sampai-sampai je tempat tu dah macam tin sardin. kereta penuh nak order thru delivery and dalam dia memang sangat ramai orang! I dengan Moli dah perli-perli Sha, ouhh, privasi la sangat. huehue. sorry Sha if kami sangat annoying. hehe

Singgah berteduh kejap kat luar PKNS, menunggu dua dara ni iaitu Syera and Nadia yang lambat datang. apa lagi, Khim Moli dengan I pun busy meluangkan masa tangkap gambar. sian Sha cari tempat lunch sorang-sorang. ye lah. nak suggest tempat mana pun kitorang tak tau. hehehe ;p

Sesudah Syera ngn Nadia sampai, kami gerak ke tempat lain.
nampak je Papparich terus pick situ, then lalu pulak Ice Room, time untuk dessert nanti. terus plan dengan spontannya (terasa hebat pulak). Khimmy kat belakang. aiyo, I tak bawak banyak duit nie. hahahaha. sangat comel bila dengar dia cakap macam tu.


Moli bersama Asam Laksa and Sha dengan Kuey Teow :)
khusyuk bercerita pasal masa hadapan eyh?
I sedang makan fish & chip. ok ok jelaaaa  rasanya.

Selesai makan. Waaahhhh rasa kenyaaaaaaangnyee! tapi masih tak puas, nak pergi Ice Room pulak. nafsu syaitaaaaannn, huhu ;p

berposing-posing dulu before order ;p
Kami merupakan 1st timer so nak choose apa yang ada pun kami tak tau. agak lama la jugak. hehe
ni apa yang i order ;)
desserts kami semuaaaaa ;D

bila waiter sampai kami excited sebab decoration die sangat-sangat menarik. memang sebijik dalam gambar menu tu. so sesi fotografi pun berjalan sebentar -______- sangat jakun kami ini

haaa! kami mempraktikkan "sharing is caring". order 5 je. hal ini terjadi sebab Moli lah! katanya mengidam cendol. . . . (you mengandung anak siapa =.=)

so semua pun dapat rasa masing-masing punya. sweet gila kan kami. HAHAHA!

dentinasi seterusnya kami ke tasik cempaka. 

kami sangat gembira :DDDD

seriously time ni sangat sangat sangat panas. memang terpampang kat muka-muka kami ni. (OHAMJAAAYYY cair makeup i) itu je yang i fikir. +_____+ katakan saya gedik! yeaaah

banyak gila gambar-gambar yang i amik. just malas nak upload semua. laaaaaaammmmbat macam siput betul.
mata yang besar terus jadi kecik sebab panas. huhu

ontheway nak hantar Syera kat carpark, cepat betul dia balik. sob3
Khim banyak kali pesan, Nik, nanti amik gambar kita bertiga tau then letak as profile pic kat faceook. i pun kata ye, ok3. sampai kesudah takda pun gambar yang elok. T____T so sorry Khim.

dalam perjalanan nak balik tu, i tak habis-habis nak amik gambar je. sian Sha yang bawak kereta tu. tapi kalau muka dah cantik tu posing macam-macam mana pun tetap cantik kan. heee ;)











expressions kami memang sakai gila. hahahaha. i rasa ni baru suku je. ada lagi 30 gambar yang macam ni. tak sanggup den nak kongsi sama.

i sangat-sangat happy dapat jumpa dorang ni! Alhamdulillah kalau gaduh pun kami pandai-pandai solve kan sendiri. hope sampai bila-bila ;) love u guys.

esok 9 mei Moli dah kena daftar form 6 kat highschool. *ehem ehem* sukala tu Moli. hakhak ;p cari pengganti yang setanding dengan i k. ;D




that's all guys. thank you! ;)


Friday, May 6, 2011

SAYA DAH BESAR!

Wooooohooooooo,
eh lupa nak bagi salam. Assalamualaikum semua. ;) hehe

28 April lepas, semua budak lepasan SPM kecoh nak tau keputusan matriks. termasukla I. heeee. bangun-bangun je dari tido tu. terus ke lappy bukak website (alamak kantoi selalu bangun lambat, biasalakan budak habis sekolah. hekhek)

cari punya cari punya cari. dapat tau dah. thanks yea kak naya. tanpa anda memang adikmu ini akan sesat mencari website yang betul. I memang buta IT so apa-apa jangan sesekali suruh I bekerja dengan computer k.

I dapat kat KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR (KMS), Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, SDE. haaaa. amik! alamatnye sekali I kasi ni. datanglah. lawat-lawat I eyh. huhu ;D

sebenarnya I sedih dapat kat Selangor ni. kalau boleh nak la kat Johor ke Melakau ke? ok sikit kot. atleast ada la panggilan perantau tuu. hakhak. but bila I dapat tau yang BFF I tak dapat matriks, terus I rasa bersyukur. bukan semua terpilih. ada hikmahnya kan kan kan?

harini 6 MEI 2011 keputusan upu keluar, mujur ada kawan I ni ingatkan. hihi thanks yaww  <3

sepantas kilat I terus lari ke bilik. bergegar-gegar rumah I nie. monster lari, biasalah kan. hoho

and keputusannye adalah I tidak berjaya. I memang ditakdirkan masuk matriks. thank you mak and abah yang doakan selama ni. eceeh. ;p

23 MEI 2011 nanti, i dah kena daftar dah. ouhh, nampaknya lagi jarang la i update blog ni. wuuuuu. T__T
doakan I ok dekat matriks nanti k. wish me luck! ;D bakal merindui semua orang. sob3.


Adikku! Adik yang tinggi daripada kakaknya iaitu I -__________-
rasanya memang rindu gilak kat budak ni! rindu nak gaduh, buli, gurau senda, usik, mencaci sama sendiri. hahahahaha. rindu jugak kat panggilan yang die selalu panggil. ouhh, tak payah mention la kan. -____- laser mulut die ni. sentiaso sabo jela den ni ha.


thanks for reading. maafkan I k sekiranya I pernah menguris hati anda ;) bubye.

Tuesday, April 26, 2011

OMG!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! i tersalah wish. maluuuuu maluuuuu. i wish birthday kat kawan i harini. then i check balik i salah baca! aaargh, damn you facebook (menyalahkan benda lain padahal mata sendiri yang salah baca T_________T).  nama dorang seakan akan sama, teruslah i text dia. then dia call. maluuu babe!

tengok balik birthday dia dah lepas. ok biha, tak contact you dah sebab i malu. malu gila ok.

pernah jugak before nie tersalah. i wish dekat Hawatul, 2 days before birthday dia. tak ingat la sama ada i salah dengar or dia saja kasi salah info kat i cause that time tengah jog sama-sama (cover line taknak orang panggil i pekak eh tak, ada sound problem, hahaha)

tah sapa pulak mangsa lepas nie. hope takda dahlaaaaa. penat nak cover muka malu lagi. huhu.

untuk melupakan perkara malu ini, i nak makan chocolate. choc boleh meng-happy-kan i. (no wonder aku gemuk -_____- sebab selalu buat benda yang memalukan then makan choc, so dah tau puncanya) hehe. dadaaaa everyone ;) byeee.

ps : to those peep yang ada interview MARA harini. wish you all the best! xx

Sunday, April 24, 2011

sama tak?

HI, ;D


Malams nis sayas memangs taks daks kerjas naks buats, agaks memborings kans lahs. so sayas puns buats satus lakarans mukas sayas. hesheshes. (kepada korang-korang yang lampi tu, nie bukan ayat alien or avatar eyh. i hanya tambah "s" disetiap belakang ayat, nama pun tak da kerja kan. huhu. ok i sambung balik)


dalams masas naks tunggus internets nis oks, sayas dengans spontans nyes ambiks las pensels adiks sayas ands buku contengs nyes. hasils daris itus, NAAAAHHHHH,

sama tak? sama tak? cakapla sama please! penat tau lukis tu. hehe

inis lahs tahaps maximums kekreatifans yangs sayas adas. hoho
kalaus adas dis antaras-antaras korangs yangs pandais lukis tus, jangans lahs kutuks taus! i know it's UGLY!  tapis tus lahs yangs sayas gambars kans mukas sayas. eheee. palings pentings dalams gambars nis adalahs braces sayas lahss! hohoho :DDD

ps : malam-malam pun kene exercise mulut jugak. ingat kat AF je ke ada? tak tak. kat blog i pun boleh. hhahaha. nonsense je. -______-

pss : minta maaf atas kesulitan untuk anda membaca. harap bersabar eyh. dengar je lagu senyum dari malique and najwa tu. SENYUM SENYUM kan manis tu. hikhik ;) thanks for reading uolsss. xx

Thursday, April 21, 2011

Pada Suatu Petang nak ke Maghrib. . . .

Harini untuk i, hari yang paling membosankan! mak ada ajak keluar tapi tak jadi pulak  -____-  punya la i excited. then breakfast pun ala kadar je sebab i tak boleh gigit  +_+ haihhh.

makan tu adalah favourite i ok!! apakan daya, nak cantikkan gigi ada la effect sampingan kan. so seharian kat rumah i hanya facebook and tengok tv cerita yang sama diulang setiap hari. apa kejadah semua ini! arggh. *bila kemahuan tidak kesampaian, asyik nak emo je keje, hehehe*

sakitnya hati bila ulang-alik masuk tandas sebab food poisoning. dahla i boring, tambah pulak dengan masalah perut. sob3 ;( kesian kan hahaha

Selalu petang khamis, i akan teman mak i pergi pasar malam kat Taman Jasmin. tapi harini i takda mood sangat nak ikut. so pakai pun simple jela. i just pakai seluar slack, t-shirt yang memang loose dengan lengan pulak sampai siku je = =" and tudung express warne hitam (bak kata cikgu kat tempat memandu tu tudung malas, WTH? siap tunjuk i pulak tu) ah, lupekan jee. . . and seriously petang tadi, i SELEKEHHHHHHH GILAAA!! muka secolek bedak pun takda. uglyyy man!

masa masuk kereta tu i start la conversation dulu.

                  i : mak, harini kin jadi orang gaji mak eyh? (muke sengih mcm kerang
                       busuk, *ouh, kerang pun boleh senyum ke?* whateva lah =.= )"
              
                  mak : asal pulak?
               
                 i : yela mak! cube mak tengok kin pakai pe harini, teruk kan. (then gelak
                       sorang-sorang)
          
                 mak : haah, orang gaji kaya and paling mahal.
          

                 i : (muke blur sebab i nie memang lampi) kenape mak?
               
                mak : penah nampak maid pakai braces ke before nie? ade pulak duit 
                           nak buat braces tu
               
                 i : *facepalm* haah kan, lupe pulak. -_______- (topik yang agak sakai
                         diperbualkan)


Baru je sampai pasar tu, boleh pulak terjumpa BFF nie, SHAHIELA . apa lagi, dari jauh dah tergelak-gelak da sebab malu. almaklum la, i dengan Shahiela nie suka cakap pasal fashion-fashion. nak jadi vogue gitu. keluar pasar pun kalau boleh bergaya ok. huhuhu.

So nie lah muka yang agak hodoh and tahpape dari i. T________T gambar tu terpaksa dikecikkan sikit. hehehe



walau macam mana keadaan pun safety penting ok! jangan lupa pakai tali pinggang keledar ;)

eh, terasa nak selit pulak gambar yang sedap sikit mata memandang  yelaa, dah tengok gambar selekeh kat atas tu kan. hukhuk ;p
this time im trying so hard nak senyum mulut tertutup. so nie jela yang i mampu. hehehe

i memang ada masalah dengan tangan. tiap kali bergambar, tangan tu mesti nak interprem . tak bole nak buek apo. tabiat pelik. hehehe

ok, thanks for reading, tak boleh tulis panjang-panjang sebab korang pun bukan nak tau sangat pasal i kan. hehe and satu lagi, tension duduk dalam bilik yang lagu-lagu James Blunt' dipasangkan oleh adik i nie. korang tau kan betapa jiwang nya lagu JB tu . haishhh -_______-


xoxo. :DDD

Tuesday, April 19, 2011

comelnya merekaaaa :DDD

                  

                                                              ASSALAMUALAIKUM ;D


Every weekday dari pukul 11-12, i ada satu slot kat tv yang i memang akan tengok. compulsory jugakla iaitu cerita JON & KATE PLUS EIGHT!  mak i dah tau dah kalo time cerita ni memang tak akan ajak i keluar. hehehe.

anak mereka ada lapan woo! tertarik nak tengok sebab anak-anak tu comeeel banget! aaaaaaaaa. rase mau cubit-cubit itu pipi. seeeeee! comel gilaaaa kan. banyak cakap pulak tu. sorry untuk gambar yang tak berapa clear. heee


6 kembar sekaligus - google image



seriously i thought family ni happy, malangya parents dorang da divorced da (dua tahun lepas, baru tau skang. hekhekhek ;p)

pity to these kids sebab dorang still kecik lagi kan. then ramai pulak tu siblings. sob3

Now i tak sabar-sabar tunggu my kakak, kak Naya nak kawin :DDDD. hukhukhuk. bila dah dapat anak nanti, mesti dia suruh i jaga baby dia kan. i naaaak feed baby dia sampai jadi gebu macam dalam video ni. bila dah gebu best cubit-cubit ni. kahkahkah. 


                                                        
thanks for reading. have a nice day people! :)

Monday, April 11, 2011

Buat Baik Sentiasa Dikenang


Pernah tak korang rasa sangat-sangat happy bila ada orang tolong korang?
kalo pernah, sila angkat tangan macam saya!! macam nampak je kan  -_____-

kejadian ni berlaku masa i darjah 4 kot. tak ingat sangat la bila. time ni pergi bercuti kat Terengganu, dah last day dah. nak check out pun. Dah nama pun kanak-kanak ribena, main je memanjang tak ingat dunia. i dengan seronoknya main la belon-belon air ni dengan sorang jiran i. kitorang pandai tau, main pun kat port port yang indah gitu iaitu disebelah kolam ikan. besar gak wo. jakun lebih.

sedang seronok i letupkan belon air yang jiran i buat tu. . . . . . sekali. . . .  jeng jeng jeng! terjunam i masuk dalam kolam. tak dan i nak tunjuk bakat i buat aksi pusing-pusing tu. almaklum la terrrkkeeeezzuuuutttt. bukan i je terkejut. ikan-ikan dalam kolam, penyu, pengunjung lain pun terkejut sama. tergamam la lain kata. mana tak nya kan, dah i jerit aaaaaaaaaaaa sekuat-kuatnya. pastu bunyi splashhh. (pandai-pandai la korang bayangkan ye. heeee.)

mak i time tu da kelam kabut dah, anak dia dalam kolam bersama dengan hidupan laut tu. BAHAYA GILA LA KAN! hahaha. over je. =.=

nasib i sangat bertuah, ada pulak abang hensem ni. awwww, dia selamatkan i tau! masih terbayang-bayang lagi muke die. hikhik. disebabkan i tengah trauma tak sempat nak cakap terima kasih kat dia. biadap sungguh i ni. ish3.

sampai sekarang i tak boleh lupekan peristiwa jatuh kolam dengan abang hensem tu sekali. ;p paling tak boleh blah apa la orang-orang yang nampak i terjatuh tu pikir. budak ni hyper ke? budak ni terencat ke? budak ni teruk ke? budak ni comel ke? eh, tetibe je. hahahaha.

alahai badan alahai nyawa. malang memang tak berbau.so korang-korang nanti kalo dah besar, dah ada anak kecil. jangan kasi dorang main belon air tu kat lobby tau. lagi-lagi ada kolam. perkara ini mungkin terjadi di depan mata andaa. . . . . .


tu jela kot. tajuk memang tak sama dengan isi pun, itu pasal tak pernah dapat BM A+ tu. sob3 T_____T
thanks for reading. :DDD goodnight. i tido dulu, zZzzzZzz