Monday, June 20, 2011

TEMPAT BARU, ASYIKIN TETAP SAMA :D

Assalamualaikum!

Korang semua sihat? :)

dah nak sebulan dok kat KMS ni, rasa rindu pulak nak update blog I ni. hehehe ;p

so kalini nak melepaskan kerinduan tu, I nak cerita sikit pasal kehidupan dok kat Banting ni. waktu ni orientasi. hari keberapa tak ingat la pulak. tapi yang I tau time ni sangat-sangat la panas. kalau tengok dalam gambar ni macam ok je kan. realiti nya, -_____- sangaaaaat panas. (gambar memang menipu anda kadang kala)


dua dari kiri : Mimi, Sofea and Hawatul
gambar ni pulak time hari terakhir orientasi. muka-muka budak tak mandi. harap maklum. hehe.
memandangkan kitorang ni dok kat row paling akhir sekali so kitorang memang tak dengar pun instruction apa faci kasi kat depan tu. kerjanya sembang je. tambah berbakul dosa. ;p seterusnya dengan tangan yang gatal tu, I tangkap la beberapa gambar as kenangan dengan mereka-mereka ini. ;)


gambar hari pertama masuk kelas :

kita berdua pakai pink colour ok. sehati sejiwa kan. huhu ;p

mula-mula start belajar memang tak best langsung sebab dalam class tu semua budak lain dah ada klik masing-masing. I macam terpinga sorang-sorang. T_T sedih la jugak time tu.
but minggu ni lecturer bagi assignment and kena buat sama-sama so dari situ baru la dapat kenal each other. dorang semua pun satu kepala macam I je. hoho.
di tengah itu : Siti Mazlina *happy semacam dapat pakai labcoat, dah tebayang-bayang diri sebagai seorang dentist. hakhak ;p *


si dia comel ni, namanya Aliah Husna ;) mostly selalu dengan dia. hee

kat sini, I masuk sukan tennis tau. pengaruh si Aliah ni. kita berdua sangat excited last week sebab baru je nak belajar main. almaklum la, before this I tak pernah pegang raket tu. =.= nak buat servis macam ape je. habis je main tennis tu penat mengejar bola bukan apa. haha

tak salah I, kawan-kawan dari sekolah dulu dalam 7 orang dapat kat KMS ni. selalu jugakla lepak-lepak dengan dorang. previous week, Mimi balik, then kakak dia, Jehan buat cookies. urggh! sedap gilaaaa! yang I ni kelaparan melahap agak banyak la jugak. hehehe

seee! nyumnyum. sungguh lazat bagi budak yang dahlama tak makan cookies nie. hmmm :)


Hawa yang melantak nasi sorang-sorang. haha ;D
Sharain seorang budak yang tabah :)
itu sahaja coretan I untuk kalini, pasni naik bilik nak kene daki sampai tingkat 3 ni. haiyohhh. +.+ hehe


thanks for reading people! :D